TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Terus terang saya katakan yang saya memang ketinggalan sungguh bab-bab teknologi terkini terutama yang melibatkan dunia telekomunikasi. Saya jarang mencari sesuatu yang canggih dan terkini. Yang saya tahu... produk itu dapat memenuhi keperluan saya. Terkini atau tidak perkara kedua. Tapi, apabila melihat kelebihan yang dinyatakan mengenai Wiggy, produk terbaru Wimax rasa-rasa macam nak mula tergoda dan mula memasang cita-cita memilikinya. Dah tahu kelebihan produk ini? Inilah hasil yang saya perolehi...


- Wiggy ni merupakan broadband mudah alih yang mudah di bawa ke mana-mana sahaja.

- Boleh dapat broadband dan modem percuma kalau melanggan plan Wiggy dan P1 Wimax.

- Di tawarkan dalam 3 pelan yang istimewa iaitu Wiggy 59, Wiggy 89 dan Wiggy 129 dan semua plan ni menawarkan modem percuma dan tiada kontrak.

- Dengan bayaran serendah RM 59 sebulan untuk plan Wiggy 59, kita dapat menikmati internet broadband dengan mudah..dan kalau kita nak capaian internet dengan lebih laju kita boleh pilih plan Wiggy 89 atau  Wiggy 129 dengan bayaran bulanan RM 89 atau Rm 129 sebulan.

- Tidak lagi melibatkan penggunaan wayar yang menyerabutkan fikiran atau kadangkala mengundang bahaya juga.

- Liputan yang meluaskan menjadikan ia boleh digunakan dimana-mana tanpa mengira masa.

Macam best jer kan. Tentu seronok jika dapat berinternet di mana-mana terutama untuk blogger tegar seperti saya (perasaan jadi blogger tegar seketika). Selalunya saya hanya meluang masa berinternet di rumah. Kalau ada Wiggy ni.. tentu saya boleh update entri di mana sahaja. Tak perlu lagi nak risau blog tak berupdate jika pergi bercuti ke mana-mana. Bebas jer nak usung Wiggy ni ke sana ke mari.

Sambil-sambil tu.. jomlah layan video di bawah barang seketika...


 


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.