TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 13, 2010

PENDIDKAN SENI VISUAL (KRAF TRADISIONAL) - Tengkolok Mini

Pendidikan Seni Visual kali ini meliputi bidang D - Kraf Tradisinal (Tengkolok Mini). Guru-guru bolehlah memulakan kelas dengan bertanyakan pada murid, "Adakah kamu ada Astro di rumah?'. Kemudian guru-guru bolehlah bertanya samaada mereka pernah melihat cerita "BELALANG"? Apakah nama objek yang dipakai oleh belalang? Bantu murid ke arah jawapan dengan mengadakan permainan orang gantung.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kertas surat khabar atau kertas lukisan (kertas lukisan digunakan jika ingin murid-murid  menjalankan aktiviti mewarna.
2. Warna - jika menggunakan kertas lukisan
3. Stapler - lebih baik jika guru-guru yang lakukan langkah ini
Langkah-langkah:
Langkah-langkah yang ditunjukkan adalah menggunakan kertas surat khabar. Aktiviti murid pula dijalankan menggunakan kertas lukisan.

1. Lipat kertas seperti dalam gambar di bawah.


2. Lipatkan bahagian bawah kertas separuh ke atas - rujuk gambar


3. Lipatkan bahagian yang dilipat dalam langkah dua ke atas dan ke bawah membetuk seperti kipas - rujuk gambar.


4. Steaplerkan hasil.


Berikut adalah gambar aktiviti yang telah di jalankan di dalam kelas.

murid-murid kelihatan tekun menghasilkan tengkolok

Murid-murid bergembira dengan hasil masing-masing. 

SELAMAT MENCUBA