Dah mula balikkk. Ingatkan bila sesi persekolahan menjadi dua sesi, masalah ni telah berkurangan atau dah dibendung. Lama saya perhatikan... dari bulan Januari hingga Mac, pelajar-pelajar sekolah menengah berhampiran ni tidak lagi menjadikan belakang rumah saya sebagai port untuk mereka melepaskan gian merokok. Sejak akhir-akhir ni perlakuan tersebut menjadi-jadi semula terutama pada waktu persekolahan petang. Bila sebut sesi persekolahan sebelah petang tentulah pelajar-pelajar yang terlibat berusia dalam lingkungan 13 hingga 14 tahun.
Yang saya perasan... sekarang ni pihak polis banyak melakukan rondaan. Sekatan jalan pun di adakan sama tapi kebanyakkannya pada sebelah pagi atau selepas persekolahan sesi pagi. Agaknya, pelajar-pelajar ni membuat kajian terlebih dahulu. Bila dilihatnya polis tidak pernah melakukan rondaan pada sebelah petang, mereka pun mula lah berani melakukan kegiatan tidak bermoral mereka.
Pelajar-pelajar ni tidak sekalipun mengendah pandangan masyarakat sekeliling pada mereka. Bila kita tenung mereka buat dekkk ajer. Tegur kang risau pula mengundang bencana. Takpe-takpe... nanti makcik beli kamera.. makcik tangkap gambar kamu-kamu semua dan hantar pada pihak sekolah yer. Mungkin kamu nak sangat glamer dan menunjukkan kemachoan kamu tu. Kamu bukan nampak makcik tangkap gambar kamu pun sebab cermin rumah makcik ni jenis orang dalam boleh nampak orang luar tapi orang luar tak boleh nampak orang dalam. Itu pasal kamu ingat orang tak nampak apa-apa kot. Kalau sebelum ni mungkin kamu semua boleh lepas sebab tiada bukti sahih, lepas ni janganlah terkujat pula bila nama naik kat bilik disiplin. Idak pun makcik siarkan jer dalam internet atau hantar jer kat surat khabar. Barulah agaknya ibubapa kamu nak buka mata sama.
muka-muka kamu semua makcik nampak jelas, bukan sekadar bayang-bayang jer... nak buat kawad cam pun boleh...
(gambar google)