Siapa kata Melayu jer yang banyak sangat perasaan hasrat dengki(phd) dalam hati? Siapa kata bangsa lain tak ader? Siapa cakapppp.. cakapppp. Kalau dah namanya manusia memang tak boleh lari dari phd tu. Tak kisahlah samaada phd ke arah negatif atau positif. Tapi kenapa orang perasan phd orang melayu jer yang jelas ketara yer? Walaupun banyak yang menggunakan cara halus tapi busuknya jelas sekali. Halus tu sepatutnya sorok-sorok tak nampak kan. Kalau tak nampak.. kenapa Melayu yang dikatakan banyak berdengki ni. Dari mana hasil kajian didapati?
Adakah kerana orang Melayu yang paling ramai percaya perkara-perkara begini... maka bila terjadi jer.. kata ader orang dengki? Mungkin benar ader orang dengki. Mungkin juga tidak. Tambah lagi kalau melibatkan hal perniagaan atau kerjaya. Orang Melayu dikatakan suka membomoh-bomohkan antara satu sama lain untuk kejayaan diri sendiri dan menjatuhkan pesaingnya. Berkesankah cara begini. Ramai ker Melayu yang jadi jutawan dengan melakukan perkara-perkara sebegini.
Bangsa lain juga ada perasaan dengki sesama sendiri. Caranya mungkin berbeza dan tidak diketahui oleh kita. Kalau kita tahu... rupa-rupanya.. ada yang lebih kejam daripada kita. Mereka tak main cara halus. Cara mereka cara kasar. Ader yang pakai tembak jer dan terus mati. Senang cerita... tak banyak kisah. Jadi tak ada bezanya Melayu dengan bangsa lain yang ader. Buruk-buruk bangsa Melayu masih terikat dengan dosa dan pahala.