TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 30, 2010

Bila mata bertentang mata, airmata hanya bergenang sahaja - Adakah itu tanda begitu egonya kami?

Berakhir sudah beban yang tersekat dalam dada. Akhirnya dapat juga saya bertemu dengan murid itu secara empat mata. Saya memang perlu memberi penjelasan supaya salah faham tidak berlarutan. memang tepat jangkaan saya... hampir wujud dalam hatinya... yang saya tidak menyukainya. Agaknya itu sebab hati saya meronta-ronta untuk bertemu dengannya.

Saya menyusun ayat sebaik kata untuk menjelaskan kenapa saya perlu menegurnya. Anak yang sedang membesar. Sememangnya dia tidak mengetahui apa yang dilakukan boleh memberi keburukan pada dirinya. Apa yang dia tahu ialah mengeraskan hatinya supaya tidak menjadi mangsa sindirin rakan-rakan. Ya.. memang saya tahu rakan-rakan selalu mengejeknya. Apa lagi dengan kekurangan fizikal yang dia perolehi. Saya ajar yang kesakitan tak perlu dibalas dengan kekerasan. Biar mereka menanggung dosa... jangan kita terlibat sama. Malahan lebih teruk jika diri kita melebihi mereka.

Jadikan diri kita individu yang dihormati. Jangan meletakkan diri dalam kedudukan yang boleh menghancurkan. Masa depan kita di tangan kita. Sampai bila mereka boleh berkata-kata. Suatu hari nanti mereka akan terdiam dengan kejayaan yang kita perolehi dengan cara yang berhemah. Kejutan perubahan hormon gagal ditangani. Kita tak boleh kata kita tak peduli apa orang lain kata. Jangan pentingkan diri sendiri. Bila meninggal nanti... bukan boleh sembahyangkan dan kuburkan diri sendiri.

Akhirnya kami berpelukan. Cikgu sayang kamu... kerana cikgu sayanglah cikgu begini. Sekarang cikgu bangga kamu sudah berubah. Jangan ulangi sikap yang lama itu lagi. Doa cikgu.. semoga kamu bahagia dunia dan akhirat.