Terkedu sekejap! Baru jer bulan lepas saya datang untuk perkhidmatan salon ni. Tiba-tiba harga sudah berbeza. Perkhidmatan gunting dan cuci rambut. Adakah jika orang yang berlainan maka harga pun berlainan? Tiap-tiap bulan saya datang. Selalunya harga yang dicajkan hanya Rm18. RM10 untuk cuci rambut dan RM8 untuk gunting. Tup-tup hari ni harganya jadi RM25. Mana tak terdiam. Pehal cekik darah niii?
Tak mungkin saya berdiam diri. Saya bertanya meminta kepastian. Katanya memang selalu kami caj banyak tuuu.. Ohhhh tolonglah berkata benar. Saya selalu datang ke sini. Kerana harganya berbelas-belas ringgit sahajalah saya berkunjung ke sini. Kalau RM25 tak sanggup rasanya nak dapatkan perkhidmatan tiap-tiap bulan. Saya bukannya Mak Datin.
Kali ni dah 2 kali saya terkena dengan 'dia' ni. Dulu ada mendapatkan facial treatment. Memang tak berpuashati bila 'dia' buat. Tobat dahhh. Cukuplah sekali untuk itu. Saya sukakan perkhidmatan rambut di salon ni. Lagipun bukan senang nak cari orang Islam yang menawarkan perkhidmatan rambut di sini. Dulu-dulu pekerja lain yang buatkan. Hari ni pekerja lain takde melainkan 'dia'. Nak taknak buatlah juga. Nak jer bercerita pada bos yer nanti... tapi tak sedap hati nak aniaya orang.
Buat 'dia'.., kalau caj perkhidmatan telah dinaikkan, mungkin saya memahami. Tapi kamu berkata sejak dari dulu begitu. Walaupun kamu kurangkan kepada Rm20 saya tetap tak berpuashati. Perasaan musykil melanda dalam diri. Kamu nak buat apa duit lebih tuuu? Harap-harapnya kamu tak mengelat.