TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 4, 2010

AMIR - Perjalanan Hidup Masih Panjang

Waduh..waduhh...waduhhh. Meluangkan masa mengintai siapakah gerangan pelawat yang paling banyak singgah di blog ku dalam senarai di GENG BLOGGER. Berada di ranking PERTAMA setelah PELAWAT di tolak dari senarai. Yelah.. manakan mungkin ku terjah pelawat yang beribu-ribu itu.  Seorang jejaka yang dikenali dengan nama AMIR. Muda 16 tahun dari saya. (Arghhh.. mak dah tua rupanyer).  Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang - Kelantan.

 maaf yer Adik Amir.. akak letak tanpa kebenaran

PERJALANAN HIDUP MASIH PANJANG adalah tajuk yang dipertaruhkan di blognya. Pelbagai kisah ada di sana. Lucu, sukan, hiburan... pendek kata... MACAM-MACAM ADA. Kepada yang ingin mengenalinya, kliklah link yang diberi ---> http://sayatulisblog.blogspot.com/ . Mana tau.. anda akan jatuh hati, semekar kasih.