TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 18, 2010

PERKEMBANGAN TERKINI DARI HOSPITAL

Mengalir juga airmata bila mendengar perkembangan terkini tentang adik di hospital tadi. Adikku Angah masih belum dapat melahirkan bayinya. Dua biji ubat telah dimasukkan semalam, tetapi tiada apa-apa perkembangan. Jalan keluar hanya terbuka 2cm sehinggalah ke hari ini. Dalam pukul 2 tadi, doktor telah memecahkan air ketubannya. Masih sempat lagi dia mengirimkan sms kepadaku bertanyakan sakitkah kalau doktor pecahkan air ketuban. Jangan risau Angah, pecah air ketuban tak sakit...

Mak dan abah tidak membenarkan saya ke hospital dengan alasan bukan boleh masuk tengok pun. Lagipun tok dan opah tu risau sekiranya cucu mereka yang dua orang ni (Along ngan Adik) menimbulkan kekecohan di hospital. Hari ini Angah masuk air untuk mempercepatkan proses kelahiran babynya. Angah mungkin akan dibedah sekiranya baby masih tidak mahu keluar selepas 6 jam air ketuban dipecahkan. Setakat ni.. baru terbuka 3cm. Kemungkinan besar Angah akan dibedah. Bersabarnya Angah. Selawat banyak-banyak. Bukan mudah untuk menjadi ibu. Kesakitan yang Angah tanggung akan hilang bila melibat keindahan yang Allah berikan. Sememangnya anak anugerah yang terindah.

Bertenang ya Angah. Doktor2 pakar dalam menjalankan tanggungjawabnya.
(gambar google)

Suami Angah merangkap adik iparku sampai demam-demam menunggu kelahiran anaknya yang tak kunjung tiba. Sememangnya adik iparku ini lemah semangat. Yong harap, Ijan tak lupa pengorbanan Angah. Maafkanlah Angah sekiranya dia ada berbuat salah sepanjang dia menjadi isterimu. Buat mak yang tersayang, maafkan Angah sekiranya Angah pernah melukakan hati mak. Janganlah mak memendam rasa walaupun sebesar kuman. Yong yakin mak telah memaafkan semua kesalahan anaknya. Semoga Angah dan anaknya selamat. Ya ALLAH, lindungilah Angah dan mudahkan Angah untuk bersalin.