TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 18, 2010

Esok, subuh gajah kan ku terpacak di hospital

Alhamdulillah. Perkhabaran gembira telahpun diterima. Adik saya Angah telah selamat melahirkan. Pembedahan sebenarnya. Kesian Angah... anak sulung dah kena bedah. Apa-apapun bertambah seorang lagi rakyat Malaysia. Mak saja jer nak buat saspen. Dah dibagitaunya perkhabaran gembira dirahsiakan pula jantinanya. Nak tahu tengok sendiri esok arrr. Mak kejaMMM (Ampun mak...). Alahhh mak, dah ler waktu melawat lambat. Kalau tak, subuh gajah dah Yong terpacak kat sana.

Gejoloh gelojoh punya pasal nak tahu jantina apa, saya pun menelefon adik ipar saya. Kedengaran suara kegembiraan dia menyambut panggilan telefon. Hati ada senang.. sudah jadi abah. Akhirnya kesaspenan terungkai. Kempunan lagi lah saya nak beli baju warna pink, ada renda2, nak ikat tocang. Huhuhu. Bertambahlah lagi seorang hero dalam senarai cucu Opah. Opah dah ada dua orang cucu lelaki. Itupun dah macam 11 kata saya (1+1=11). Cucu Opah yang ketiga pun...

 (gambar google)

Tak kisahlah labu Angah. Janji Angah dan anak selamat.  Tahniah daripada Yong kerana dapat title mummy. Erkkk!!! Janganlah ko suruh panggil mummy Angah oii. Kalau ummi sedap gak. Kenapa kami sekeluarga nak sangat anak perempuan erk? Sebab.. dalam senarai cicit.. semuanya lelaki. Belum ada perempuan lagi. Agak-agaknya, cicit perempuan yang pertama dari saya tak? Maklumlah.. saya cucu perempuan dan anak perempuan sulung. (perasaan ko isza.. nak mengandung pun susah..huhuhu). Ehhh.. tapi kan, manalah tau kan, rezeki saya kan kan kan. Hai MUIZZAH.. bilalah ko nak muncul?<--- dah siap nama tu.. 

(>.<)