TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, March 15, 2010

PECAHAN – Equivalent fractions

Equivalent Fractions atau pecahan setara adalah sebuah pecahan yang mempunyai nilai yang sama walaupun kelihatan berbeza.


Contoh:
Pecahan dibawah mempunyai nilai yang sama



Mengapa pecahan ini dikatakan sama? Ini kerana ketika anda mendarabkan atau membahagi kedua bahagian atas dan bawah dengan jumlah yang sama, nilainya adalah tetap. Peraturan yang patut diambil perhatian ialah:

Apa yang anda lakukan untuk bahagian atas fraksi
Anda juga harus lakukan untuk bahagian bawah fraksi!
Pernyataan untuk peraturan bolehlah dilihat dalam contoh dibawah:

Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) didarabkan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara.

Dengan menggunakan bantuan gambarajah, pernyataan adalah seperti ini:

 

gambar google

Berikut adalah contoh pecahan setara yang melibatkan kaedah bahagi:



Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) dibahagikan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara. Diingatkan bahawa langkah pembahagian boleh terus dilakukan sehingga pecahan tidak dapat dibahagi lagi.

Penting:
Bahagian pengangka dan penyebut dari fraksi hendaklah terdiri daripada nombor bulat.

Nombor yang dipilih untuk dibahagikan hendaklah memberi jawapan yang sama rata (tiada baki) untuk dua-dua bahagian pengangka dan penyebut.

Anda hanya boleh mendarabkan atau membahagi pecahan untuk mendapatkan pecahan setara. Jangan sesekali melibatkan operasi penambahan atau penolakan.

Video dibawah bersama penerangan dari anda boleh membantu anda dalam menerangkan mengenai pecahan setara kepada anak2. Video ini juga boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Penerangan dari video mungkin agak lambat tetapi anda bolehlah mengunakan kebijaksanaan anda dalam menjayakan pengajaran ini. SELAMAT MAJU JAYA.


sumber gambar: google
sumber video: you tube