TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 4, 2010

MURID BERMASALAH - Memang ada masalah

Uikkk.. hari tu baru je meluahkan keseronokan bertugas pada minggu ni. Bertugas pada minggu murid2 sedang menghadapi ujian bulanan. Masalahnya dah dua hari saya mengamuk pada waktu lepas rehat. Ermmm.. okey, sebenarnya lebih kepada pura-pura mengamuk. Biasalah cikgu... pelakon terbaik. Sebenarnya bukan suka nak mengamuk pun... tapi.. kalau tak pura2, alamatnya.. murid tak faham le apa yang di tegur.

Lebih kepada cerita masa lepas rehat hari ni. Saya bertugas masa rehat tahap 1. Peraturan sekolah saya ialah murid2 perlu berhimpun di dewan terbuka selepas rehat sebelum masuk ke kelas. Kiranya saya seorang... kena menjaga 12 buah kelas yang purata murid dalam setiap kelas ialah 28 orang. Dalam 300 orang murid lah yang hendak di jaga. Tercongoklah saya kat depan tu... ade le murid2 yang terhabis baiknya.. wat tak reti je saya ada di depan. Boleh tak masuk barisan lagi dan bermain di belakang barisan selepas loceng dibunyikan. Mulalah rasa nak dibelai2 manja budak tu... kena sergahlah! Macam tu lah murid2.. bukan semuanya dapat memberi kerjasama.

Sebenarnya angin dah mula naik masa perhati murid2 sedang rehat. Ada le 3 orang murid ni... tahun 2 agaknya. Sedap2 lak main bolasepak. Masalahnya.. yang jadi bola tu ialah bekas airnya. Ada lagi air dalam tu. Murid2 sekarang tak puas main. Yelah.. kalau nak di banding dengan zaman kita dulu2.. semak mana yang tak di redah. Murid sekarang pula di didik untuk terus belajar... belajar.. dan belajar. Masa main mereka kita curi. Itulah jadinya. Kadangkala di rumah pula takde kawan atau ibubapa tak bagi keluar main. Jadi, murid2 ni melepaskan ketensionannya untuk bermain di sekolah.. dan bekas air itu menjadi mangsa.

Bila saya lihat murid2 yang mendatangkan masalah pada masa rehat tu.. kebanyakkannya datang dari latarbelakang keluarga yang bermasalah. Ada yang ibubapa golongan susah (ibubapa kena bekerja dan terpaksa mengabaikan anak), ada yang ibubapa dalam kes makhamah, ada ibu bapa yang dah berpisah... dan ada juga ibubapa yang ibu atau bapanya lari dengan pompuan atau lelaki lain. Jangan kata murid2 ni tak faham apa2. Mereka faham dengan cara mereka, masalah yang berlaku di keliling mereka. Jadi, di sekolah.. mereka mencari kawan dari kumpulan latarbelakang yang sama dengan mereka. Membentuk satu kumpulan.. dan seterusnya menimbulkan masalah di sekolah.

Adalah seorang anak murid ni.. kalau sebut siapa ibubapanya.. mungkin ada blogger2 yang kenal. Bukan nak mengaibkan ibubapa murid ni.. cuma nak kita ambil pengajaran dari kisah mereka. Anak yang seorang ni lemah sedikit.. sampai hati bapanya menghantar anak ini pada ibunya. Yang ok2 semua dia jaga. Ibubapanya dah bercerailah tu. Kenapa ada diskriminasi sesama anak? Kenapa pisahkan hubungan adik beradik antara mereka? Dan murid ini kelihatan cukup tertekan dengan situasi tersebut. Agaknya.. dalam hatinya tentu tertanya.. kenapa ayah taknakkan dia?

Tadi dah bagi warning pada murid2 tahap 1 tu. Cikgu taknak tengok kesalahan berulang pada hari esok. Jika masih berulang.. cikgu takkan teragak2 untuk ambil tindakan. Harap-harapnya.. keadaan hari esok lebih terkawal.

 
kalaulah cikgu mengamuk bertukar jadi macam ni.. leh aman tak sekolah?
(sekadar gambar hiasan - google)