TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, March 21, 2010

KENALI MATEMATIK DI SEMEKAR KASIH

Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa blog SEMEKAR KASIH memilih MATEMATIK sebagai topik utama dalam entrinya. Sebenarnya, entri2 MATEMATIK di dalam blog SEMEKAR KASIH ditujukan khas untuk cikgu, ibu bapa, kakak atau abang yang ingin membantu di dalam sesi pengajaran MATEMATIK. Memandangkan MATEMATIK adalah satu subjek yang sukar mendapat tempat di hati murid2.. maka bantuan dari orang dewasa diperlukan dalam menambahkan kefahaman murid seterusnya menjadi MATEMATIK sebagai satu subjek yang mudah dipelajari.

(gambar google)

MATEMATIK sekolah rendah mungkin mudah di ajar bagi sesetengah orang tetapi untuk memberi kefahaman kepada anak-anak itu adalah masalahnya. Sebagai orang dewasa, kita mungkin mempunyai jawapan dengan cara kita sendiri tetapi kadangkala langkah jawapan yang di ambil tidak sama seperti yang murid-murid sekolah rendah pelajari. SEMEKAR KASIH cuba membantu dalam memberikan tips dan langkah-langkah yang menepati kurikulum sekolah rendah.

Selain itu, SEMEKAR KASIH turut mengambilkira perbezaan silibus matematik kini berbanding matematik dahulu. Mungkin matematik kini berbeza cara pembelajarannya dan dengan itulah SEMEKAR KASIH membantu ibu bapa, kakak dan abang dalam memantau murid-murid ini belajar. SEMEKAR KASIH mengharapkan pengunjung mendapat sesuatu yang manfaat dalam blog ini untuk diaplikasi dalam pendidikan anak-anak di rumah.

MATEMATIK ITU MUDAH DAN SERONOK!
Jangan lupa untuk sertai CONTEST MATEMATIK KOMEN .
Komenlah tentang entri saya. Adakah ia dapat membantu anda dalam memantau pelajaran anak2 anda ataupun tidak.