TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, March 10, 2010

- DowN -

" Mencintai kerjayaku sepenuh hati walaupun tugas sebagai seorang guru semakin mencabar. Semoga Allah memberikanku kekuatan untukku terus cekal dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang guru."

Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa sangat 'down' hari ini. Perasaan bercelaru. Benarkah kata orang.. bila manusia semakin menginjak usia... semakin sensitif jiwanya? Sensitifkah saya? Sukarkah menerima kenyataan yang diri sendiri yang sebenarnya bersalah?

Mungkin itu bukan menjadi persoalannya. Masih boleh menerima kesalahan diri. Tapi mengapa begitu caranya diri ditegur. Bukan selalu saya melakukan kesalahan... dan kesalahan yang tanpa disengajakan itu bagai satu kesalahan besar yang harus di umumkan pada satu dunia. Tiadakah kebaikan yang pernah saya lakukan? Saya cuba untuk memberikan yang terbaik... tapi saya juga manusia biasa.

Saya dapat terima jika mereka bersikap adil dengan semua orang. Tapi kenapa perlu wujudnya perbezaan? Apa lebihnya mereka? Apa kurangnya saya? Apa pekeliling yang diguna pakai untuk membezakan antara saya dan mereka? Teruk sangatkah saya? Jika 'ya' kenapa tak jelaskan?.. di mana tahap 'keterukan' itu?.. supaya dapat saya perbaiki.. kelemahan diri..

Saya memang cukup terasa kerana ini bukan kali pertama. Pernah juga disergah atas sesuatu yang tidak saya lakukan. Susah sangat kah untuk bertanya dengan baik? Susah sangatkah untuk mendengar penjelasan? Susah sangatkah untuk berbicara secara peribadi? dan.. Susah sangatkah untuk meminta maaf jika yang berlaku cuma salah faham?

 gambar google
 Runsing..