Mengajar matematik di kelas projek memang mencabar. Walaupun ada yang kata, senang je ajar murid2 kelas projek ni sebab mereka ni dah semulajadi pandai... tetapi bagi saya , mereka tetap kanak2 yang dahagakan ilmu baru. Teringat peristiwa Jumaat lepas apabila mengajar tajuk multiply (solve problems). Secara tak sengaja terdengar seorang murid berkata pada kawannya... soalan kacang je tu..
Kenapa ya, bila sesuatu soalan tu mudah di jawab dikatakan soalan kacang? Saya pun mengambil kesempatan ini bertanya pada murid2 kelas projek tu. Maka.. majoritinya memberikan jawapan.. nak makan kacang kan senang.. buka je kulitnya.. dapat le kita makan kacang tu.. :)
Saya pun bertanyalah semula.. pernah tak tengok adik atau budak kecil makan kacang? Macam mana mereka makan? Pernah tak adik atau budak kecil ni meminta kamu menolong mereka mengopek kulit kacang tersebut? Haaa.. maka mereka pun memberi jawapan... memang hancur dikerjakan kacang tersebut jika di beri kepada anak2 kecil. Silap2.. dengan kulit2 mereka makan.
Saya tanya lagi.. pernah dengar tak kacang yang bernama KACANG BIJAK. Yang orang selalu bawa balik dari MEKAH tu...senang tak nak makan? Jawapan yang diterima tentulah TIDAK. "A ah cikgu.. kacang tu keras..susah nak buka kulitnya.."
Haaaa.. lepas ni tak bolehlah kata kalau soalan senang tu soalan kacang.. kena tukar le soalan aiskrim ke.. soalan bla2 ke (buat lawaklah konon). Sebenarnya apa yang nak disampaikan ialah.. setelah kita berusaha..barulah sesuatu itu menjadi mudah dan kita dapat rasa nikmatnya. Kepandaian itu bukanlah hanya satu anugerah semulajadi sebaliknya kita hendaklah berusaha mengekalkannya. Kalau berharap untuk terus menjadi pandai dengan malas menyiapkan kerja yang diberi oleh guru atau dipenuhi dengan sifat2 negatif dalam diri.. tak mustahil kepandaian akan hilang suatu hari nanti.
Kenapa saya perlu menekankan hal2 sebegini pada murid2 dikelas projek tu? Kerana..ada di antara mereka yang berlagak.Yang merasa diri mereka hebat. Yang rasa dia boleh pandai tanpa bantuan guru (ada murid yang tidak mahu beri perhatian jika dia telah tahu topik yang patut dia belajar pada hari itu). Kesian tengok murid2 begini bila sejak kecil lagi di fikiran telah terpahat sifat2 riak. Kesian jika tidak ditegur.. sifat itu bakal memakan diri sendiri. Anak2 ini perlu di didik.. supaya tak jadi KACANG LUPAKAN KULIT