Dari usia 6 tahun hingga kini masih bersekolah. Cuma dalam situasi yang berbeza. Kalau dulu sebagai seorang pelajar kini sebagai seorang guru pula. Pendek kata.. sekolah..sekolah..sekolah. Adakah sudah bosan dengan sekolah? Jauhkan hendaknya untuk perasaan itu wujud dalam diri ini...
Zaman Tadika
Sebagai anak kepada seorang pegawai polis hutan... maka saya bersekolah tadika pun di dalam kem PPH Ulu Kinta yang kini hanya tinggal nama kerana telah di tukarkan kepada PGA. Masa itu.. kelas dikelaskan mengikut warna dan saya dimasukkan dalam kelas MERAH. Masih mengingati guru yang mula memperkenal kan huruf dan nombor kepada saya iaitu CIKGU NATRAH.
Teringat kekalutan CIKGU NATRAH yang mengarahkan anak muridnya mengosongkan kelas akibat kebakaran di tingkat atas rumah flat polis tu.. Buat dek je anak muridnya... bila dah keluar, siap main taman permainan di tengah padang tanpa memperdulikan kebakaran yang berlaku. Yang paling tak boleh dilupakan ialah bagaimana gigihnya CIKGU NATRAH mengajar saya menulis huruf "i" kerana saya menulis huruf "i" begini...
"i" di tulis titik atasnya.. bukan BULAT.. kata CIKGU NATRAH.
CIKGU NATRAH kata pada titik "i" takde ruangan kosong. Saya pun mengikut nasihat cikgu dan menulis huruf "i" begini..
Kesian kat CIKGU NATRAH...
Zaman Sekolah Rendah
Seterusnya saya bersekolah di SRK METHODIST Tanjung Rambutan. Kata abah, dia masukkan anaknya ke sekolah ni supaya anaknya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kesian kat abah kerana anaknya tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kerana subjek Bahasa Inggerislah anak tidak dapat 5A.
Sekolah ni terletak bersebelahan dengan stesen keretapi. Bila time keretapi lalu, semua murid akan memanjat kerusi untuk melihat keretapi. Cikgu takleh buat apa dah. Dah jadi hobi murid-muridnya. Cikgu di SRK Tanjung Rambutan ni kebanyakannya garang dan tegas. Cikgu yang paling diingati tentulah CIKGU MATEMATIK masa tahun 6. Cikgu NADHIRAH namanya. Cikgu ni lembut tapi tegas. Agaknya.. kerana CIKGU NADIRAH lah saya jatuh cinta pada subjek MATEMATIK
Zaman Sekolah Menengah

Sekolah Menengah saya yang pertama ialah SMK Ulu Kinta. Saya belajar di sini dari tingkatan satu hingga 3. Di tempatkan dalam kelas AMANAH mengikut pencapaian UPSR. Ya.. saya murid pertama yang menduduki UPSR. Menjawat jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Mewakili sekolah dalam permainan Bola Jaring. Aktif dalam Kelab Kebudayaan dan Koir.
Teringat kenangan muncul sebagai juara berkumpulan dalam pertandingan nyanyian. Kami jadi PANCA SITARA pada masa itu. Berpakaian seluar hitam dan baju putih.. sambil berspek mata hitam (glamer sekejap tu..). Lagu yang dinyanyikan dalam dua kategori iaitu patriotik dan lagu popular. Ramai cikgu2 yang masih diingati hingga kini. Sayangnya... mereka telah pun berpindah randah mengikut perjalanan hidup masing-masing.
Mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam SRP... maka saya di tawarkan ke SMK Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Tidak dapat di tempatkan di asrama masa di tingkatan empat kerana rumah saya di sekitar bandar Ipoh. Memohon duduk di asrama semasa di tingkatan lima supaya dapat memberikan tumpuan yang lebih pada pelajaran. Mewakili pasukan hoki sekolah. Pencen setelah dilibas dengan kayu hoki di bahagian lengan. Aktif berpidato.
Agak nakal juga sehingga bila cikgu2 di Teknik mengetahui saya mendapat tawaran guru mereka berkata "Hahaha... nanti rasalah susahnya nak didik pelajar seperti kamu". Adanya kenangan pahit sehingga kantoi dalam percubaan SPM. Namun alhamdulillah.. berkat sokongan keluarga dan USTAZAH AISHAH yang tersayang.. keputusan cemerlang di perolehi untuk SPM yang sebenar.

Zaman Maktab
Bukan rezeki saya sebenar untuk menyampung pelajaran di IPTA walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. Tiada satu tawaran pun yang di terima walaupun berpuluh2 yang di mohon. Abah memang cukup kecewa. Katanya saya terlampau berfoya2 dengan keputusan cemerlang yang saya perolehi. Kesian abah. Harapan untuk anak sulungnya amat besar. Tapi hikmahnya telah kita ketahui kini kan abah... anak abah telah ditakdirkan untuk menjadi seorang pendidik.
Sebelum menerima tawaran ke Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah.. terlebih dahulu saya menerima tawaran untuk Leftenan Madya (Tentera Laut). Saya tolak kerana pilihan utama saya ialah Tentera Udara. Teringin rasanya untuk terjun dari kapal terbang menggunakan payung terjun tu. Fuhhh.. kalaulah impian tu menjadi kenyataan.

nak terjun macam ni... seronoknya..
Memang mengalami kejutan budaya bila masuk ke maktab. Ade ye tidak.. kawan2 di kalangan guru ni sopan2 belaka. Lembut tutur bicara. Mula2 agak jangkal tapi dapat membiasakan diri. Masih aktif berpidato mewakili maktab. Tak dapat lupa apabila terpaksa bersyarah di sebuah pusat serenti dan memperkatakan tentang tajuk "DADAH". Bulat je biji mata pesakit2 kat pusat serenti tu merenung.
Zaman Kerja
Dah 13 tahun bekerja dan 6 buah sekolah yang telah saya rasa. Ada yang saya minta tukar, ada yang ditukarkan kerana posting baru (sambung belajar...posting baru), ada yang ditukarkan kerana lebihan guru. Rasanya.. taknaklah tukar sekolah dah. Nak kekal di sekolah sekarang sampai pencen. Yang menjadi masalahnya... ketinggian sekolah sekarang membuat saya berfikir banyak kali.. "larat ke saya naik ke atas bila tua nanti?"
nampak... kena fikir banyak kali ni..
Bukan semua dapat rasa.. bersekolah hingga ke tua.
siapa yang di tag erkkk??? tag tuan punya blog ni lah.. http://natasha-e1.blogspot.com/
siapa yang di tag erkkk??? tag tuan punya blog ni lah.. http://natasha-e1.blogspot.com/
Untuk Yusenze: Sekolah pertama akak posting ialah SK Seksyen 19, Shah Alam.. arghhh rindu kat Shah Alam.