Arghhhh... takde salah ape2 pun pos laju tu. Saya yang tengah tunggu kiriman hadiah darinya. Manalah tak boleh perasaan yang notis tu dah terperap bebarapa hari dalam peti surat tu... Hari ni baru dok menjengah. La... lama dah sampai rupanya. Lepas hantar je Along ke sekolah agama, maka dengan perasaan yang tak sabo2 nyer, saya trus memandu ke Pejabat Pos di mana kiriman di tempatkan...
Fuhhh, punyalah ramai orang! Sekali tengok tiket angka giliran tu bersepah2... sape le punya angkara? Saya pun tengok le nombornya. Aikkk... tak lepas lagi nombor ni.. kebas je lah..(potong giliran ni..)
Adelah dalam 20 minit menunggu barulah sampai giliran, banyak nombor yang kena skip. Tak bertanggungjawab betul! Yang pi tekan banyak2 nombor tu pasal pe? Dengan langkah yang lemah gemalai saya pun menuju ke arah kaunter apabila nombor di panggil, menyerahkan ic bila di minta dan menerima bungkusan yang diberi. Ngehhh.. ngehhh.. ngehhh.. HADIAH KU SUDAH TIBA!
Takdan tunggu sampai ke rumah, dalam kereta lagi saya telah membuka bungkusan hadiah tersebut. Penat je SI PENGIRIM membungkus hadiah tersebut... dapat kat saya dikoyak2kan sesuka hatiku... huhuhu. Tak sabar ni.. apalah hadiahnya... Bila dibuka saya melihat...
ni seluar koyak... xde kaitan dengan bungkusan yang saya koyakkan tu..
inikah hadiahnya??? WAHH... makin anguunlah akak pasni... jangan tertipu dik nun.. orang kata jangan menilai isi dari luarannya.. ini kotak sahaja.. belum isinya..
Saya pun mengintai isi di dalam...
V
V
V
V
V
V
V
V
huhuhu... takkan ler SI PENGIRIM nak bagi hadiah plastik ni pulak! Plastik ni digunakan untuk memadatkan hadiah di dalam kotak tersebut...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
pandangan gambar belakang hadiah.. apelah agaknya???
V
V
V
V
V
V
V
V
V
ni la rupa hadiah yang sebenar.. nak tengok isinya...
Ni dia!.. WAU! Saya suka sangat.. hadiahnya sesuai dengan contestnya..
Terima kasih kepada CIK ARDINIHUMAIRA yang telah menganjurkan contest PETUA KECANTIKAN dan CIKGU ISZA telah mendapat tempat ketiga. Semoga ARDINIHUMAIRA dimurahkan rezeki dan dapat menganjurkan contest lagi. Suka sangat2 hadiahnya sebab klo nak harap beli sendiri idak juga walaupun hati teringin.. Bertambah gebu le mukaku selepas ini. TERIMA KASIH sekali lagi.
tersenyum bila muka semakin gebu.. ngehhh