TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 5, 2010

BULAN PERASA - Siapa Yang Terasa Dan Merasa?

BULAN PERASA? Bulan ape lak tu? Klo dalam kalendar bulan Januari hingga Disember. Dalam bulan Islam pun xde? Bulan sabit, bulan penuh, bulan mengambang, gerhana bulan tau le. Apa lah pulak BULAN PERASA ni ye?

oh bulan yang indahhh

Nak tahu sejarahnya? BULAN PERASA merupakan satu aktiviti yang diadakan di sekolah saya (dicadangkan oleh Guru Besar). Aktiviti di antara guru dengan guru. Objektifnya untuk mengeratkan hubungan sesama guru dan sebagai salah satu cara guru2 merasa diri mereka dihargai oleh rakan kerja masing2. Oleh kerana tajuknya BULAN PERASA maka ia dijalankan lebih kurang sebulan.

  yang berlainan jantina jangan le lebih2 camni..huhuhu

Bagaimana ia dilakukan erk? Setiap guru dikehendaki memilih seorang guru lain melalui undian. Guru2 disyaratkan untuk merahsiakan nama guru lain yang telah diperolehi (kiranya jadi secret admirelah ni). Guru2 hendaklah melakukan apa saja cara sebagai tanda menghargai rakannya tadi. Jangan sampai diketahui! Pada hari terakhir BULAN PERASA ni, setiap guru akhirnya mengetahui secret admire mereka dan bertukar2 hadiah...

sape le yang aku dapat ni erk???

Seronok juga aktiviti ni... sekurang2nya dapat mengurangkan bebanan kerja. Nak2 pula dapat rakan2 yang disukai (ada yang pilih kasih juga...) Tersenyum je bila melihat aksi rakan tersebut apabila menerima surat cinta. Inspirasi muka penuh dengan tanda tanya. Kadang-kadang berpura2 lah bertanya apa yang dia dapat hari ni? Sedangkan kiriman itu datang dari diri sendiri (cikgu2 memang pandai berlakon) 

ade ke yang berlakon jadi sponge bob ni???

Saya pula telah menjadi secret admire kepada orang atasan (pihak pentadbir). Jangan le hendaknya dia baca blog ni! Habis PECAH RAHSIA. Setakat ini saya telah mengirim beberapa keping surat cinta, dua hadiah (Bunga dan Sepaket Koko Kolagen). Riuh di pejabat bila dia mendapat kiriman dari saya. Hari ni saya memberi nasi lemak kepadanya.(di letakkan di atas meja). Nasib baik tak terbongkar rahsia bila dia mengetahui saya yang memberi nasi lemak tu... Agagaga...

 
bukan yang ni.. kita bagi siap ada lauk kerang lagi..

Yang sedihnya... saya masih belum menerima apa2pun dari secret admire saya(sampainya hatimu.. membiarkan diriku)  Tak diminati rupanya saya ni..huhuhu... xpelah.. sabar menanti... inikan untuk sronok2. Apa2 pun aktiviti ini sangat menarik. Apa kata anda mulakan ditempat kerja anda pula! Tentu kecoh jadinya.

camne le nak cover sedih ni arr? Sedih ni...