TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, February 17, 2010

POLISTERENE – The 'White Coffin"


Siapa yang tak kenal benda ni kan? Kalau kita beli makanan yang di tapau.. bendalah yang paling banyak digunakan. Yelah.. senang sikit nak tapau berbanding pengunaan surat khabar atau kertas yang berwarna cokelat tu. Tapi tahukah kita keburukan penggunaan? Mungkin ramai yang dah tahu. Yang belum tahu.. jom kita TERJAH...
Apa itu polisterene sebenarnya?
Polystyrene sebenarnya dihasilkan dari petroleum!

Kajian membuktikan bahawa polisterina mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dan kemudiaannya akan bertukar menjadi toksik. Polystyrene mengandungi Styrene dan Benzene iaitu sejenis carcinogen yang disyaki menyebabkan pelbagai jenis barah dan juga neurotoxic (berbahaya kepada saraf/otak) manusia

Bekas makanan/minuman polystyrene akan membebaskan Styrene ini jika diisi dengan makanan atau minuman panas, makanan berasid atau berminyak. Bahan styrene dan benzin yang terdapat dalam polisterina boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.

Ia juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada kita dan mendatangkan risiko tinggi yang boleh menganggu kesihatan. Sebagai contoh, kesan pada sistem saraf seperti kemurungan, tahap tumpuan yang rendah, kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak.

Kajian juga menunjukkan haiwan yang memakan kandungan styrene yang tinggi dalam jangka masa panjang mengalami kerosakkan hati, buah pinggang dan paru-paru. Maka tidak hairanlah styrene berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia.
sumber: google
Elakkan pengunaan polisterene. Sebaik2nya guna bekas sendiri. Selamatkan diri kita dan bumi kita.