TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, February 18, 2010

BIG SIZE PUN BOLEH BERGAYA


SELALUNYA wanita berbadan besar sukar dalam memilih pakaian untuk dirinya. Fesyen di pasaran selalunya menawarkan pilihan2 yang tidak menarik untuk wanita 3G. Warna-warna yang kusam, bunga/ corak yang berserabut dan fesyen yang simple. Mungkin sebab itu wanita2 3G menghadkan kehendak dalam berfesyen. Tidak berani mencuba pelbagai gaya yang ditawarkan kerana gusar tersilap pilih, boleh mengundang pandangan sinis masyarakat di sekeliling. 

Saya bukanlah seorang designer atau pakar mengenai fesyen. Tetapi, sebagai wanita yang termasuk dalam kategori 3G, saya ingin berkongsi pengetahuan dalam memilih pakaian yang sesuai untuk wanita yang berbadan besar. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat melaluinya…

Jenis kain
Wanita yang berbadan gempal seelok2nya memilih jenis kain seperti  cotton jersey, sifon atau linen kerana ia selesa serta mampu menyerlahkan aura feminin. Apabila dijadikan baju, material berkenaan juga kelihatan lebih stylish. Selalunya jenis kain biarkan kelihatan berat dan terletak. Elakkan mengunakan kain yang berkilat seperti satin ataupun jenis yang melekat pada badan.

 


Warna
Pendapat yang mengatakan wanita 3G perlu memakai pakaian yang bewarna gelap adalah tidak benar 100%. Wanita berbadan besar di nasihatkan memakai pakaian yang tidak terlampau cerah atau terlampau lembut. Warna pilihan ala kadar sehaja. Wanita berbadan besar lebih sesuai memilih pakaian yang mempunyai latar belakang kontra dengan coraknya. Warna yang harmoni dalam pakaian akan menyebab keistimewaan wanita berbadan besar tidak terserlah.

Corak
Sudah semestinya wanita berbadan besar digalakkan memilih corak-corak yang halus/ kecil. Kain kosong juga digalakkan. Corak menegak. Pendek kata, corak yang simple dan tidak menyerabutkan. Elakkan dari memilih corak yang berbunga besar, banyak corak tambahan dan corak melintang.


Jenis leher
Wanita berbadan besar cukup sesuai mengayakan leher berbentuk V atau hati. Ini kerana potongan leher jenis ini akan membuat leher kelihatan jinjang. Elakkan mengayakan pakaian yang mempunyai leher berbentuk bulat.


Jenis potongan


Potongan A

Baju potongan A lebih sesuai kerana ia kelihatan longgar tapi tetap memberi bentuk pada tubuh. Pilihan skirt lurus potongan A pula boleh melindungi bahagian paha dan pinggul. 

Potongan Beralun

Baju yang dipakai nampak beralun sama ada melalui rekaan baju atau pilihan fabrik.



Potongan empayar

Rekaan baju dengan potongan empayar (empire cut) iaitu potongan pada bahagian bawah dada dan lurus ke bawah supaya baju berkenaan dapat menutupi bahagian pinggang.


Potongan berbentuk pinggang

Rekaan baju mengikut bentuk di bahagian pinggang boleh membuatkan ia kelihatan cantik terletak di tubuh. Bagaimanapun, walaupun potongan dibuat berbentuk di pinggang tapi pastikan ia dibuat sedikit longgar terutama di sekitar bahagian perut. Bimbang jika terlalu ketara ketat bakal mengundang rasa tidak selesa kepada pemakai.

 Potongan lengan yang lurus atau lebar ke bawah

Potongan jenis ini akan menyembungikan lebihan2 lemak yang terdapat pada bahagian lengan. Potongan jenis ini akan menjadikan lengan kelihatan seimbang atau langsing.


Selain itu, dalam menyesuaikan tudung dengan pakaian.. warna tudung hendaklah mengikut warna corak atau bunga pakaian tersebut. Pemilihan warna tudung yang sesuai amat penting dalam menaikkan seri pakaian. Pengayaan tudung yang berbentuk V atau serong amat sesuai dalam menjadikan diri  sedikit langsing. Elakkan melilit tudung secara berlebihan di bahagian leher kerana ia akan menjadikan leher lebih pendek. 

Bagi wanita berbadan besar, mengenakan terlalu banyak aksesori pada satu-satu masa haruslah dielakkan. 

gambar adalah ehsan google