Cikgu emo pepagi ni.. masa pergi ke kedai malam tadi, terpandang le akhbar tu.. kemain terpampang tajuk utamanya. Cerita cikgu lagi.. Apa masalah sebenar pihak media tu? Hari tu baru je kena tegur pasal cerita tentang cikgu dijadikan Tajuk Utama. Semalam deme wat hal lagi. Cari publisiti murahan ke? Takde cara lain ke nak tarik perhatian masyarakat? Balik2 isu tentang guru juga yang menjadi pilihan.
Saya pun siasat le tentang penulisnya. Jantinanya? Tak yah sebut... Sian cikgu dia dulu. Ni lah hasil didikannya. Kalau saya jadi cikgu dia, rasa sedih sungguh. Lebih utamakan berita hangat dari didikan yang pernah di beri. Tahu lah ada cikgu2 yang buat salah. Tak payah le jadi tajuk utama. Macam isu sedunia! Peliknya.. bila yang melibatkan JASA SEORANG GURU.. tak pernah lak pihak tu nak jadikan tajuk utama. Ceritanya pun terselit2 di ruang2 yang terpencil.
Entahlah manusia ni. Cikgu2 sekarang kena faham yer. Kita ni cikgu akhir zaman. Zaman di mana masyarakat sudah mula tak hormat pada guru2nya. Kan itu juga salah satu tanda akhir zaman. Redha je lah kita. Kita yang memegang title ni.. jagalah adab kita sebaik mungkin. Berat sebenarnya pegang title CIKGU ni… MAHU SENGET JE RASA BAHU ni.
hai robot.. kau jelah ganti cikgu zaman akan datang erk.. tentu kau x timbul kan masalah