Lewat ckit ambil anak dari rumah pengasuh. Ada aktiviti petang di sekolah. Waktu berbuka puasa ada le dalam sejam lagi. Apa pun masih tidak dibeli bekalan berbuka puasa. Nak masak? Badan letih + MALAS membelenggu diri. Beli je ape yang patut. Aihhh... sampai habis ko kebas? Makanan2 kat pasar ramadhan dah tak berapa ada. Awalnya deme ni beli.. lain kali tinggal le kat orang kendian sikit.
Aishhh.. masa memang tak menunggu kita. Waktu berbuka dah dekat dah ni.. Harus ambil jalan alternatif untuk segera sampai ke rumah. Nasib baik ada jalan belakang.. Tanah merah pun tanah merah lah. Redah jer... janji cepat sampai rumah. Setakat kereta Iswara ni.. dah lama ajar ia supaya kebal di mana-mana.
Perjalanan berjalan lancar. Melihat semak samun di tepi2 jalan. Jalan ni jalan shortcut untuk bebudak sekolah menengah. Selalunya motor yang lalu. Kereta? Ade le beberapa biji. Alamak!!! Ada takungan air di depan pula. Selalunya takde. Takpe2.. ketepikan sedikit kereta supaya dapat lalu... dan.. KECEBUMMM!!! Aduihh.. abis la.. tayar kereta dah terjunam dalam lumpur. Rupanya2 telah terbentuk anak sungai di situ. Patutlah ade takungan air.
Bateri telefon nak abis pula. Cuba telefon abah minta tolong. Alhamdulillah... kebetulan abah berada berdekatan dengan tempat kejadian. Tak sampai 5 minit abah sampai. Naik motor. Jenuh jugalah fikir camne nak keluarkan tayar kereta tu. Anak2 dah mula berdondang sayang (menangis lah tu). Kebetulan pula ada backhoe yang lalu... tahan minta pertolongan. Siap ada rantai lak backhoe ni.. di cangkuk lah rantai pada kereta dan TARIK..TARIK..TARIK. Tiba2 lak anak berdua tu jadi SUPERMAN. Elok2 duduk dalam kereta tu.. di bukanya pintu dan melompat keluar. Takut rupanye... sian mereka.. DUP DAP DUP DAP jantungnya.
Alhamdulillah kereta berjaya di keluarkan. Menghulurkan beberapa RM dengan ucapan terima kasih kepada pemandu backhoe. Orang Indon rupanya. Pulang ke rumah dalam keadaan selamat. Dapat berbuka puasa tepat pada masanya. Memang trauma sampai sekarang. Taknak dah ikut jalan merah tak tentu pasal. Anak2 pun masih teringat sampai sekarang walaupun kejadian berlaku 3 tahun dahulu.
gambar google