TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, February 27, 2010

HARI PENYAYANG - Masih ada yang sayang

Punyalah semangat dalam diri nak ke padang polo pagi tadi. Nak pergi senamrobik. Dalam proses diet... so kalau diet tak senaman tak boleh lah kan. Tapi kalau semangat je berkobar2 tapi yang empunya diri cuma hangat2 tahi ayam je.. musnah semangat.. hehehe. Alih2 tak pergi lah.. bukan apa.. xde kawan sebenarnya.. kawan ada barulah terbakar semangat <---- alasan.

Anak2 bising tak dapat ke padang polo. Telefon abahnya... tanya balik tak petang ni. Seronok sebab abahnya janji nak bawa mereka ke padang polo petang nanti. Maka.. dalam pukul 5 petang tadi.. berangkatlah kami ke padang polo. Bebudak.. biasalah, yang di tujunya tentulah taman permainan. Ibu ngan abahnya.. bersantai2 di kerusi sambil bermanja-manjaan (iya sangatlah tuuu...).

Duduk sambil memerhatikan keadaan di sekeliling. Seronok tengok budak-budak bermain. Alangkah bertuahnya mereka mempunyai ibubapa yang cukup prihatin. Berkorban cuti hari sabtu untuk keriangan anak masing2. Bila di fikirkan bukan semua kanak-kanak dapat merasakan pengalaman begitu. Ada juga yang hanya dapat bermain di persekitaran rumah masing2. Anak-anak yang beriang gembira di padang polo ini patut beryukur mempunyai ibubapa yang begini. Sambil bermain, mereka dapat apa yang mereka ingini. Belon buih, layang2, ais krim.. penjual juga yang untung. Itu rezeki dia.

Bukan dapat bermain itu yang menjadi masalah kepada anak2. Yang paling penting kehadiran ibu bapa mereka. Ada anak2 yang mempunyai ibubapa yang cukup sibuk sehingga tak dapat meluangkan masa bersama mereka. Ada anak2 yang hanya mempunyai ibu atau bapa. Ada anak2 yang mempunyai ibu bapa yang tidak seia sekata. Kesian mereka... selalunya.. anak2 beginilah yang mewujudkan pelbagai masalah di sekolah. Mereka kekurangan kasih sayang. Mereka perlukan perhatian. Maka, mereka menggunakan pelbagai cara tanpa mengetahui natijahnya.. supaya diri mereka di ambil peduli.

Jangan tak tahu.. ada anak murid saya yang tidak tahu tarikh lahirnya. Bukan lupa... sebaliknya... dia tak pernah sambut harijadi. Tiada tarikh istimewa dalam hidup mereka. Rasa simpati. Untung juga pihak sekolah meraikan harijadi setiap muridnya. Murid yang lahir dalam bulan sekian-sekian diraikan. Mereka di beri hadiah walaupun tak seberapa. Mereka dinyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY oleh murid2 yang lain. Sekurang2nya mereka mengetahui.. mereka di sayangi. Aktiviti di adakan pada rabu pertama setiap bulan. Pihak sekolah menamakan ia sebagai HARI PENYAYANG.

Ajarkan anak2 kita untuk bersyukur. Bersyukur dengan apa yang mereka nikmati. Biar mereka lihat kesusahan yang rakan2 lain alami. Anak2 juga perlu tahu... hidupnya pula tak selalu indah.. mungkin satu hari mereka akan mengalami nasib yang sama... dan ajarlah mereka untuk bersedia.