TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, February 20, 2010

BERHATI-HATI DALAM MENCARI KEMUSYKILAN MENGENAI ISLAM DI INTERNET


 
gambar google

Serba salah rasanya ketika saya ingin menulis entri ni. Bimbang di salah anggap. Ya, kita sebagai manusia sentiasa bimbang dengan tanggapan orang. Walaupun ada yang kata "Ade aku kisah".. perkataan itu sendiri sememangnya menunjukkan dia memang kisah.

Berbalik kepada perkara yang ingin saya tuliskan.. ia hanyalah sebuah pandangan dari insan biasa. Insan yang cetek ilmunya. Insan yang dirinya sendiri tidak sempurna. Tapi, saya tetap ingin berkongsi cerita.. berkongsi ilmu. Dengan harapan ada manfaat yang diperolehi sebaliknya.

Kadangkala apa yang diperolehi tidak seperti apa yang diinginkan. Walaupun kajian telah dibuat, jawapan masih tidak di perolehi. Takkan kita perlu menunggu sehingga berabad lamanya untuk memperolehi kesahihannya. Bagaimana jika pada waktu itu kita tiada lagi? Siapa pula yang akan menyampaikan apa yang kita ketahui?

Menyentuh tentang pencarian ilmu mengenai Islam di internet. Apa yang ditemui kebanyakkan bercanggah dengan apa yang pernah di pelajari. Bolehkah kita percaya bulat2 apa yang tertera di alam maya. Adakah kita pasti yang memberi jawapan itu adalah sepakar2nya mengenai Islam? Atau mungkin ianya adalah penyamaran dalam menyesatkan umat Islam. Berapa banyak url yang kita jumpa menggunakan nama2 Islam tetapi sebenarnya ianya kepunyaan musuh islam?

Saya ingin menyentuh tentang beberapa perkara. Maaf jika terasa. Tegur saya jika ia tidak seperti yang tertera. Yang pertama adalah mengenai penggunaan OMG. Tak perlulah saya menulis penuh perkataan ini. Teringat saya waktu belajar dulu. Ustaz saya melarang keras penggunaan perkataan ini. Kenapa kita perlu mengucapkan perkataan tersebut? Bukankah kita ada bahasa sendiri? Apakah salahnya dengan perkatan "Ya ALLAH"? Bagi saya budaya menyebut perkataan ini sebenarnya salah satu cara  menyesatkan umat Islam dalam menyebut nama ALLAH. Saya mencari hukum menggunakan perkataan ini di internet. Jawapan yang di perolehi amat mengecewakan. Cubalah sendiri untuk mencari jawapannya.
 
Dalam isu pemilihan makanan halal pula.. adakah semua produk yang mempunyai tanda halal itu benar2 halal? Saya memang berhati2 dalam isu memilih makanan ini kerana saya pernah mengalami satu kejadian. Pada masa itu saya makan sejenis snek yang mempunyai logo halal. Selepas makan, saya meminum air zam2. Apa yang saya rasakan ketika itu? Saya rasa seperti sedang mengunyah daging busuk. Busuk teramat2 sehingga saya muntah di situ juga. Buntu saya memikirkan kenapa begitu? Adakah itu petunjuk tentang status halal barangan tersebut? Wallahualam..

Banyak lagi isu yang ingin ditulis sebenarnya... memandang diri terikat dengan etika pekerjaan saya, maka saya menghadkan apa yang ingin disampaikan. Bimbang pula jika apa yang tertulis bakal melanggar etika pekerjaan saya. Kalau hendak disenaraikan kemusykilan yang melanda, banyaknya tak terkata. Musykil kerana apa yang dipelajari dulu... tidak sama yang di maklum kini. Adakah hukum boleh berubah dengan peredaran semasa? Wallahualam...

Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing2. Cuma kita janganlah menurut sahaja dan mengambil mudah. Memang kita tidak perlu mengkaji sampai ke akar umbinya.. tetapi kita harus ingat yang kita adalah umat Islam yang berada pada akhir zaman. Besar sungguh cabarannya dan begitu banyak cara2 yang ingin menyesatkan kita.