TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, January 28, 2010

JOM BACA - LAWAK PAKSI SIMETRI

Pengalaman di sekolah masa tahun lepas... masa tu dah nak time exam... punyalah ler semangat nak terangkan tajuk ni (PAKSI SIMETRI) di kelas... maka berlakulah dialog di bawah... 


 Cikgu: Ok klas.... ari ni cikgu nak terangkan 1 topik yg cikgu rasa ramai yg dah lupa... dlm exam nnt ada 1 soalan keluar ttg topik ni... jd cikgu nak kamu sume dengar baik2 penerangan ckgu tentang PAKSI SIMETRI...( Cikgu bocor soalan daa...)


Cikgu: Sblum cikgu trangkan... ada x saper2 tau apa yg dimaksudkan ngan paksi simetri..?

Murid: ?????? Blurrr...

Cikgu: xpelah.. biar cikgu terangkan... simetri ialah sama bentuk dan sama ukurannya (bkn sesuatu yg dibahagi dua); kedua-dua bahagiannya sama; setangkup... paksi semetri pula membawa maksud... garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk;... atau ngan kata lainn... garis khayalan yg terdapat pada rajah geometri yg simetri.... bla..bla..bla... 
(saya pun melukis le di papan tulis menunjukkan contoh2 yg sesuai...)

Cikgu: Setakat ini cikgu harap sumenyer paham.... ade ape2 soalan...?

Wakil murid: Cikgu... CEMETRY TU KAN KE KUBUR???...

Cikgu: dalam hati... (ada yg nak kena tanam idup2 kang ni...) :)


Sabar jelah saya masa tu... BERTUAH PUNYA BUDAK!!! Apa2 pun budak yang bertanya tu memang lurus bendul. Dia juga di antara murid yang selalu mendapat score yang tinggi dalam Maths. Murid2 dalam kelas ni sekarang dah naik Tahun 6. Ape2pun cikgu doakan yang terbaik untuk kamu semua... SKOR A 4 MATHS YEHHH!!! 


sekadar gambar hiasan...







No comments:

Post a Comment

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx