Persediaan untuk minggu hadapan untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Bidang A: Mengambar. Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar. Di antara contoh2 kolaj...
Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.
Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas lukisan yang telah dilukis gambar.
Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).
Kolaj Kain. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan ditampal mengikut kreativiti masing2.
Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.
Kolaj Tisu. Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik halus2 dan ditampal keatas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih untuk menghasilkan gambar yang menarik.
Masih lagi kolaj tisu. Contoh ini sesuai dihasilkan oleh murid2 tahap satu.
Kolaj jenis susah. Dihasilkan daripada majalah lalu membentuk imej yang tersendiri tanpa melukis gambar.
tips
Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.
SELAMAT MENGAJAR
* gambar2 adalah ehsan pakcik google








20 comments:
kalo untuk budak2 sekolah menengah yg malas cmnne?aper yg menarik?
bab penyakit malas ni susahlah nak cakap cik emencer...
tak suka wat bnda nie kat skolah dulu.. ahahaa.. slalu kalu wat.. koyak kertas besar2.. biar cepat siap.. eheee.. tapi time2 dah besar nie rajin plak buat.. antara aktiviti masa lapang.. dan salah satu acara santai..
pernah ajar kolaj darjah 3 masa praktikum lepas..
habis berterabur kertas..
sekolah tu semua lelaki..
boleh pulak diorang main- main dengan kertas tu..
kalu tampal biji kacang, pasir, beras tu dikira kolaj ker?
yang pasti itu merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk menggambar...
sihat cikgu..hehehhe
Teruskan berkolaj...syabas
pe cntoh laen y mgunakn mjlhh/surat khabar??ni untuk kank2 yang beumur lebih kurang 4-6 tahun..
teknik kolaj menggunakan pelbagai jenis daun dan bunga memang cantik, nak pula bila warnanya makin luntur, jelas sekali ton2 warna akan kelitahan menyerlah...selamat mencuba
SALAM..SAYA NAK TAHU CARA2 YANG LEBIH TERPERINCI MENGENAI KOLAJ TISU
wsslm.. kolaj tisu ada berbagai-bagai cara..
selalunya tisu dicampur dengan warna atau menggunakan tisu yang berwarna shaja..
dlm proses nak wat kolaj la ni utk anak2 tadika, cgu suh mama die buatkan hehehe
susah Nye
bleh ajar teknik kolaj x,,?? minat sngt2 bab seni ni,,,
ase mls nk wt projk sni nie..
uhu.udala x eti lukis
TQ anda memberikan saya idea yang baikkk...
saya nk tanya pasal kolaj tisu tu..bagaimana cara nk campurkan warna pada tisu tu n bagaimana nk tampal tisu tuh?
Macam Mana Kalau Koyak Tuh Tukarkan Kepada Gunting Kertas Tuh . Agaknya Lebih Kemas Tak ? Boleh Tunjuk Contoh Kolaj Dasar Lautan ?
sy dah 2 kali masuk pertandingan kolaj kat tadika anak...adui....mmg x minat pun seni..tpi demi anak...terpaksa...alhamdulilah...sy pakai hampas kelapa...sy wat jadi color....hihi...ada juga ler yg dpt saguhati..harap2 competetion esok dpt hadiah besar sikit...amin...
Post a Comment
Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx