Ramai wanita mengaku yang mereka lebih tertarik dengan lelaki yang berusia 40-an kerana lelaki dalam lingkungan umur sebegini mempunyai penampilan yang menarik, penuh kematangan dan yang paling penting ekonomi yang sedia mantop. Namun begitu, mengikut kajian penyelidik dari universiti Essex, England tidak semua lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 40-an memenuhi semua ciri-ciri tersebut. Apalagi buat mereka yang masih belum mencapai cita-cita dan impian. Hidup mereka dipenuhi dengan kekalutan dan panik sentiasa.