TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label kisah cikgu dan sekolah. Show all posts
Showing posts with label kisah cikgu dan sekolah. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Cikgu sakit mental...

Kalau diikutkan statistik.. agak tinggi juga golongan pendidik yang mengidap penyakit mental. Bukan mudah jadi cikgu. Memang memerlukan ketabahan yang cukup kuat. Semuanya perlu terpelihara.Melaksanakan tanggungjawab seikhlasnya pun sering disalah tafsir... apa lagi jika tersalah langkah. Tuntutan kerjaya  mengatasi tuntutan kekeluargaan hingga kadangkala orang sekeliling sering lupa yang cikgu juga adalah manusia biasa.

Wednesday, November 24, 2010

Anak cikgu kalau dapat markah tinggi... tu mak dia yang cikgu tu lah yang tolong - Ehhh.. anak cikgu tak boleh dapat markah tertinggi ke?

Tak tahulah kawan saya ni dah habis bengangnya ke belum. Alkisahnya... anak kawan saya ni mendapat tempat pertama dalam PKSR Akhir Tahun baru-baru ni. Selain mendapat tempat pertama... anak dia juga dapat pelajar terbaik untuk matapelajaran BM (Pemahaman), BM (Penulisan) dan Matematik. Kalau ikutkan... anak dia bukan calang-calang juga orangnya. Dalam setiap ujian dan peperiksaan.. mesti di antara lima yang terbaik (tempat pertama hingga kelima).

Sunday, October 31, 2010

KONE...

Sila jangan betulkan ejaan tajuk ini!

dan yang paling penting...

jangan fikir yang bukan-bukan...

Thursday, October 28, 2010

Kepincangan di sekolah dibongkar - Persoalannya... benarkah begitu???

Bila bercerita tentang masalah disiplin di sekolah.. bukanlah niat di hati untuk mencanang keburukan pihak yang lain. Apalagi melibatkan pendidikan awal di rumah yang sepatutnya lebih ditekankan. Sebagai guru... kami juga secara automatik dipersalahkan bila keadaan ini berlaku.

Kami mampu beri duit belanja yang lebih pada anak-anak kami - Apa hak cikgu untuk melarang?

Bila manusia asyik berfikir tentang hak. Memang susah jadinya. Lebih susah jika hak sendiri yang diutamakan sehingga mengabai hak orang lain. Memang cikgu-cikgu ada hak melarang murid-murid membawa duit belanja dari yang sepatutnya. Terkandung dalam buku peraturan sekolah. Hak yang termaktub... kenapa tak diselidik?

Thursday, July 29, 2010

Dendam seorang guru pada muridnya - Wajarkah?

Guru juga manusia biasa kan?
Yang bisa terguris hatinya.
Apatah lagi bila maruahnya dipijak-pijak oleh mereka yang ingin dididik tapi seperti tak cukup ajar. 
Sedikit rasa terbuku di hati guru kata orang menjadi  penghalang kepada ilmu untuk sampai kepada anak didiknya. 
Hatta sebesar kuman. 
Sedar atau tanpa disedarinya. 

Friday, July 16, 2010

Deme cucuk tang sana.. cucuk tang sini - Ehhh.. bukan pasal cucuk botoxlahhh!

Minggu ni minggu mengharukan di sekolah. Minggu ni minggu ujian bulanan yang kedua. Agaknya... tension punya pasal... macam-macam hal berlaku di sekolah. Murid tahun enam pula sedang menduduki percubaan UPSR. Ibu-ibu yang ada anak tahun enam atau yang bakal ke tahun enam macam kak jie dan cikgu klcitizen kata... dalam perut diaorang ada rama-rama. Apalagi rama-rama itu wujud kemudian sebelum hadirnya kepompong.

Monday, April 26, 2010

Anak sorang dua, nak ingat anak kelas mana pun susah ke?

Hrmmm hari ini terdetik satu pertanyaan di hati. Dalam banyak-banyak ibubapa yang anaknyer sudah bersekolahkan... agaknyer berapa peratus yang benar-benar tahu anaknyer kelas apa dan nama guru kelasnyer. Kalau ikut dari pengalaman... saya berani kata 50-50. 50 yang benar-benar tahu dan 50 yang tak benar-benar tau.