TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, June 26, 2012

Pavlova Biskut Merry

Jangan harapkan resepi pavlova biskut merry dalam entri ni. Memang takda pun resepi tu setakat ni. Kalau esok lusa tak tau le pula. Kot-kot ada yang dapat cipta pavlova biskut merry yang rasanya lebih hebat daripada pavlova yang asal.



Tak sangka pavlova ni ada peminatnya yang tersendiri. Walaupun dengan rasanya yang manis tapi diseimbangkan dengan limpahan buah di atasnya.. ramai yang mengemari dan ramai juga yang sayang duit nak beli. Harganya boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan kepuasan menikmatinya.

Teringat seorang kawan yang bagitau.. bukan susah nak wat pavlova ni.. pakai biskut merry jer...

Saya memang tak tau buat pavlova. Yang dalam page Adamizan tu pun adik saya buatkan. Kalau tinggal disekitar Ipoh ni boleh ler order dengan kami. Kalau jauh.. memang tak dapat nak pos..


Gambar di atas ni dipanggil Mini Pavlova. Ramai pelanggan Adamizan sukakan pavlova mini ni. Tapi kalau nak rasa keenakan pavlova yang sebenar memang saya tak berapa syorkan sebab rasa kerangupan di luarnya berbeza. 


Yang ni direka khas atas permintaan pelanggan. Nak buah pelam jer.. buah len  tak nak. Dah pelanggan nak cenggitu. Layan~


Yang ni double layer pavlova. Kalau nak makan puas-puas sekali makan boleh cuba yang ini.


Yang ni bukan pavlova separuh siap tapi pelanggan memang nakkan pavlova tanpa buah sebab keluarganya tak makan buah. Yang ni dikurangkan rasa manisnya supaya seimbang tanpa buah. Tak tau apa rasanya tapi yang penting pelanggan kata SEDAP..

Saya sendiri memang gilakan pavlova sampai adik tak mahu dah ambil order dari saya. Adik kata .. sedar-sedar ler awak tu ada diabetes walaupun sebab sebenarnya dia malas buat sebab saya asyik nak makan free. Hik3

Jemput singgah ke page Adamizan di facebook ---> https://www.facebook.com/AdamizanChocofancy dan silalah 'like' sebagai tanda sekongan jika sudi. TQ