TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, May 16, 2012

Anugerah Guru Inovatif itu bukan milikku

Nak kata beria-ia sangat pun tak juga..

Tapi..

entah di mana terdetiknya untuk menyertai Pertandingan Guru Inovatif yang terbuka kepada semua guru-guru di Malaysia...


Yang pastinya mengikut kategori-kategori yang ditetapkan dan saya dalam kategori guru sekolah rendah..

Saya yang terlambat (memang jenis slow and steady) atau memang bukan rezeki saya. Saya maklumkan hasrat hati kepada pihak pentadbir tapi dalam tempoh menunggu jawapan.. tarikh tutup pun tiba...

Sedih?

Diakui timbul sedikit rasa ralat. Pihak pentadbir pun dah mohon maaf kerana terlepas pandang dek kerana sibuk dengan pelbagai urusan sekolah yang lebih penting. Walaupun bukan kemenangan yang saya kejarkan tetapi pengalaman itu memang sangat2-sangat diperlukan. Bukan rezeki saya...

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Bagi saya tema bukan hanya sekadar tema. Ianya seperti satu amanat dan bukan mudah melaksanakan amanat itu. Bukan mudah menjadi guru yang inovatif. Banyak masa yang perlu dikorbankan dan banyak kengkangan yang perlu ditempuh. Belum dicampurkan dengan kerahan idea, kreativiti dan kos-kos yang tersembunyi. Kepada guru-guru yang turut serta.. sememang mereka guru yang berdisiplin dan berdedikasi. Ucapan TAHNIAH daripada saya atas komitmen yang diberikan.

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya samaada secara lansung atau tidak langsung. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang bergelar cikgu. Semoga kita terus tabah menempuhi cabaran dunia pendidikan..