TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, September 18, 2011

Soalan UPSR bocor - Kenapa ramai yang ingat itu betul betul soalan UPSR?

Ramai juga blogger yang berkongsikan entri yang sama menceritakan kisah soalan bocor UPSR 2011. Tetiba.. macam jadi isu panas sekejap. Masakan tidak.. bila baca komen daripada pembaca-pembaca yang ada. Ada pula yang ingat itu memang betul-betul soalan UPSR 2011 yang telah dibocorkan.



Kenapa ini bukan soalan matematik yang real?

1. Dalam subjek Matematik tiada Bahagian B apalagi Bahagian A atau Bahagian-Bahagian yang lain.

2. Soalan Matematik hanya ada Kertas Satu dan Kertas Dua sahaja.

3. Soalan berbentuk subjektif adalah soalan untuk Kertas Dua.

4. Soalan untuk kertas dua terdiri daripada 20 soalan yang perlu dijawab kesemuanya.

5. Jumlah markah tertinggi bagi satu soalan ialah 3 markah dan bukan 30 markah.

6. Jumlah kesemua markah untuk Kertas dua ialah 40 markah dan bukannya 60 markah.

7. Murid tahun enam akan keluar dewan jika soalan di atas benar-benar keluar dalam peperiksaan sebab mereka tak pernah belajar pun kecuali dia benar-benar genius.

8. Soalan tersebut teramatlah putar belitnya hingga  tak tahu nak letak dalam aras mana kalau nak isi dalam Jadual Spesikasi Ujian.

9. Isu semasa tidak akan sama sekali dipilih sebagai topik dalam pembinaan soalan.

10. Sila tambah yang berkaitan..

Nasib baiklah benda ni heboh lepas UPSR. Kalau sebelum.. mahu jadi kes tak pasal-pasal..