TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, September 1, 2011

Pang LIMA yang sebenar

Msih tak faham konsep panglima bebudak ni. Takpelah.. suatu hari.. bila dah besar.. pasti akan faham. Masa tu agaknya.. mahu deme senyum atau sengih seorang-seorang.

Diam tak diam.. lima dah cucunya. Bila seorang ngamuk.. boleh jadi penyakit berjangkit pula. Riuh rendah jadinya.


Tok betul-betul dapat pangkat datuk sehari selepas pencen. Suka tengok cara Opah dan Tok mereka layan cucu-cucunya. Sama adil semua. Tapi.. bab manja tu.. kalah zaman kita jadi anak mereka dulu. Along tu yang selalu melebih. Kalau pergi pasar malam dengan Toknya.. jawabnya balik penuh tangan kiri kanan dengan makanan.

Insyallah mak dan abah... Kami akan didik anak-anak kami menjadi insan yang cemerlang seperti didikan mak dan abah pada kami.