TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, October 5, 2010

Jom pakat cium bau ketiak! - Ini bukan cerita kemaruk...

Bau ketiak boleh mengeratkan hubungan? Itulah bukti kajian yang dilakukan oleh orang lama. Kajian yang hanya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman tanpa adanya bukti saintifik yang mengukuhkannya. Itulah kelebihan orang lama. Setiap apa yang mereka lakukan... diperhatikan dan dinilai baik buruknya. Kadangkala apa yang mereka katakan ada benarnya cuma orang sekarang yang menidakkan dan selalu mempertikaikan dengan logik. Hidup... bukan hanya berasaskan logik semata-mata...

Mengikut kajian... anak yang selalu tidur bawah ketiak ibunya akan menjadi anak yang yang manja dengan ibunya. Kemana pergi... pasti hatinya tetap pada ibunya. Itulah penangan bau ketiak sehingga anak sebegini digelar 'anak mak'. Tidak tahulah pula hormon apa yang dihasilkan hingga menyebabkan perkara ini berlaku. Yang pasti... sehari tidak cium bau ketiak ibu... macam rasa nak demam. Mungkin itu antara penyebab anak akan jatuh sakit sekiranya perlu berpisah dengan ibunya dalam tempoh yang lama.

Begitu juga dengan hubungan suami isteri. Isteri yang selalu tidur beralaskan lengan suaminya akan merasa gelisah bila suaminya tiada di sisi. Itulah punca jawapannya. Bau ketiak suami tadi yang menyebabkan seseorang isteri itu sentiasa merindui suaminya sehingga terpaksa tidur bersama haruman kain pelikat yang ditinggalkan.

Jom pakat cium bau ketiak! Kalau benar kajian ini mengeratkan hubungan... apa salahnya ianya dipraktikkan. Yang penting... pastikan ketiak tersebut bebas dari bau yang mencemarkan. Kalau tidak... bukan hubungan yang dapat dieratkan sebaliklah timbul simptom... PENGSAN!

Rupa-rupanya Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania turut menjalankan kajian mengenai penangan bau ketiak ini... anda boleh baca artikel menarik ini di SINI