TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, October 11, 2010

Ibu mengandung dikritik!

Macamlah dia seorang jer mengandung... orang lain mengandung gak..

Mengada-ngada jer lebih... mana ada pembawakan budak...

Orang mengandung lain pergi gak check up tapi takda ler macam dia... tiap-tiap minggu...

Pergi check up tak boleh pergi petang ke.. nak tuang kerjalah tu...

Dah tahu bermasalah... ambil ler cuti setahun...

Jalan macam ler dah tak larat beno.. belum nak bersalin lagi...

Sabar? Sabar je lah kan.. nak buat macamana. Namun... kadangkala airmata ini tertumpah juga. Emosi ibu mengandung... tak stabil... sensitif. Mengandung tidak semudahnya apalagi berhadapan dengan situasi begini. Lebih-lebih lagi... kalau yang tak memahami adalah mereka yang sama jantina.

 gambar hiasan : google

Masa mereka dah berlalu? Mungkin mereka lupa yang  dugaan yang Allah berikan... tidak sama sesama insan. Selagi saya tak menyeleweng seperti yang disangka... hanya Allah yang mengetahui kebenarannya.

Maaf... teremosi di sini. Bukan memohon simpati... sekadar meluahkan apa yang terpendam...

soksek: Perjumpaan dengan pakar memang ditetapkan pada waktu pagi pada hari yang sama tiap-tiap minggu. Kenapa tidak petang? Kerana.. pada waktu petang... doktor-doktor pakar ini bertugas di wad ibu mengandung...