TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, October 12, 2010

Elehhhh... ingat cantiklah sangat... aku 10 kali lebih cantik!

Ayat frust?

Ayat cover diri?

Ayat pujuk hati sendiri?

Ayat yang sering terkeluar dari seorang perempuan apabila miliknya dikebas orang. Saya sendiri selalu mendengarnya secara berdepan. Siap ajak gi ngintai perempuan (yang dikatakan perampas) untuk membuktikan kata-katanya.

 sekadar gambar hiasan: google

Cantik? Bagi saya cantik itu sesuatu yang universal. Sungguh! Saya sukar mencari kekurangan seseorang dari segi fizikal. Mungkin dia kurang cantik di sini.. tapi ada manis di situ. Tak cantik di mata kita tapi cantik di mata orang lain dan... yang saya selalu ingatkan pada diri sendiri... 

kecantikan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipertikaikan kerana ianya ciptaan ALLAH! Mengatanya adalah seperti mengutuk apa yang Allah ciptakan yang terbaik untuk hambanya.

Teringat saya sebuah kisah menarik yang pernah saya lihat dalam kehidupan saya...

Kawan saya... yang asalnya jonggang tidak lagi jonggang bila semuanya giginya patah kerana kemalangan dan memerlukan pembedahan dilakukan dan seorang kawan yang lain pula tiba-tiba menjadi jonggang kerana kecederaan akibat jatuh tersungkur.

Kebetulan? 

Sesuatu... apalagi Allah kehendaki ianya terjadi.. maka JADILAH IA...