Sejak ahir-akhir ini saya perhatikan... anak muda kita cukup berani bermain dengan isu sensitif apalagi yang melibatkan keagamaan. Nak kata bijak... mungkin juga kerana pandangan yang diberi boleh mempengaruhi individu lain dan diterima dek logik akal. Namun... pepatah lama mengatakan.. 'berilmu biar berguru' kerana tanpa guru maka adalah syaitan yang memesongkan. Mungkin pepatah ini sesuai digunakan dalam mengambarkan apa yang ada dalam pemikiran anak muda sebegini.
Mereka cukup lantang bersuara. Mereka memberikan alasan-alasan yang logik yang kadangkala kita sendiri tidak terfikir. Pemikiran bebas. Memang setiap sesuatu itu terpulang pada pendapat dan pemikiran masing-masing tapi jika sampai mempengaruhi orang lain dalam diam... matlamat yang sebenar dalam perjuangan menimbulkan keraguan. Adakah mereka berada pada pihak yang benar atau mereka sebenarnya 'musuh dalam selimut?'. Agenda yang menjadi rahsia....
Bila ada yang menegur... yang menegur diperlekehkan dan dikatakan tidak berfikiran terbuka. Bila hujah-hujah keagamaan diberi... yang menegur dihentam secukup-cukupnya. Mereka cukup pandai mencari kekurangan orang yang menegur dan mematahkan setiap hujah yang dikemukakan. Tinggallah yang menegur tadi terkontang-kanting malah... yang lebih teruk.. akhirnya dia turut sama mengakui kebenaran kata-kata anak muda yang berfikiran bebas tadi.
Kadangkala kita menyangkakan musuh kita ada di luar sana. Rupa-rupanya... musuh kita begitu hampir dengan kita. Bayangkanlah... generasi yang bakal wujud dari mereka yang sebegini. Mereka menyatakan kita insan yang tidak mahu berfikir di luar kotak tapi mereka tidak sedar yang sebenarnya... mereka sendiri sudah terbabas. Islam bukan berasaskan logik semata-mata. Pelajari Islam berpandukan Sunnah Nabi dan Al-Quran. Itu panduan yang ditinggalkan untuk kita umat akhir zaman.
sekadar gambar hiasan
google
Tiada siapakah yang dipertanggungjawab untuk memantau mereka yang sebegini? Adakah patut membiarkan mereka dalam dunia mereka? Setakat mana kita membiarkan mereka terus melahirkan pendapat masing-masing terhadap isu-sisu yang sensitif? Nampaknya... masih tiada tindakan yang dilakukan. Dimana langkah permulaan yang sepatutnya?
Saya ingin bertindak... anda bagaimana?