TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, September 15, 2010

Labur - Lebur

Entri kali ni hanyalah dari pandangan peribadi berdasarkan pengalaman yang dilalui. Bila bercerita tentang dunia perniagaan... berbagai jenis cabang yang boleh kita temui. Sudah pastinya... dalam menceburi bidang ini... apa yang diinginkan adalah satu bentuk keuntungan. Apa jenis risiko... kecil atau besar.. berani atau tidak... itu terpulanglah kepada setiap individu. Saya lebih tertarik untuk mengulas tentang individu yang rajin mengajak individu yang lain untuk sama-sama berkongsi  apa yang diceburinya. Tak perlulah dispesifik jenis perniagaan yang bagaimanakah itu. Yang pasti... individu yang mula berkecimpung sudah mula memperolehi keuntungan dan untuk lebih menambahkan keuntungan maka dia perlu mengajak rakan-rakan yang lain untuk sama-sama menceburinya.

Mungkin ada yang berniat ikhlas dalam bidang ini. Bila dia sendiri sudah berjaya... apa salahnya ajak kawan untuk berjaya bersamanya? Namun bagi saya... niat sahaja tidak mencukupi. Kadangkala individu begini suka mendesak. Bagi yang terpengaruh pula... ada yang sanggup berhutang dan ada juga yang sanggup melaburkan harta yang telah dikumpul sekian lama untuk mencapai impian yang sama.Yang menjadi persoalannya... bila keuntungan diperolehi... individu yang pertama akan turut merasa habuannya tapi bagaimana pula jika rugi? Tinggallah mereka yang terpengaruh tadi terkapai-kapai menanggung hutang atau termenung macam 'orang tak betul' mengenangkan aset yang hilang sekelip mata.

 sekadar gambar hiasan : google

Bila perkara sebegini berlaku... jangan haraplah untuk mendengar kata-kata manis sebelum impian terlaksana. Sini sana dipersalahkan. Bagi yang mendesak... mulalah cari alasan untuk lepas tangan. Macam-macam kata yang dihamburkan menyalahkan individu yang terpengaruh. Silap strategilah, tak berusahalah dan macam-macam lagi. Mana pergi niat awal? Inikah yang dinamanya nak tolong kawan? Memang risiko harus ditanggung tapi kenapa hanya disebelah pihak?

Bagi saya, berniaga... berniagalah juga tapi jangan pasang perangkap pada orang lain sengaja ataupun tidak. Nak ajak kawan tak salah tapi tanggunglah sama-sama. Itu baru betul berbalik pada niat. Bukan semua orang ada kelebihan seperti kita dan kitapun belum tentu sempurna berbanding dengan orang lain. Adakah kita ingin hidup dari hasil rezeki yang dimaki? Bila menjunjung langit... jangan lupa bumi di pijak. Tiada siapa yang ingin melihat orang lain jatuh tersungkur tapi kalau diri sendiri yang suka mendabik dada setiap masa... bila tersungkur.. memang macam rasa nak kata 'padan muka'.

soksek: Pernah mengalami jatuh dan bangun... lukanya sembuh tapi parutnya masih ada kerana hubungan yang tercalar... berbaloikah?