TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, September 7, 2010

Kontroversi iklan raya TV3 - Kacamata 'ZERO'

Terus terang saya nyatakan... saya tidak dapat menonton iklan raya TV3 yang mencetuskan kontroversi tuuu. Kalau tak kerana kehadiran dunia maya ni... tentu saja saya tidak mengetahui apa yang menjadi isu. Anak-anak asyik layan kartun, kartun dan kartun sampai saya pun dah hafal dialog dalam cerita kartun tuuu (manakan tidak kalau asyik ulang cerita yang sama jer).  TV3 pun dah minta maaf dan menarik kembali iklan tersebut. Terima kasih kepada TV3 kerana prihatin dengan sensitiviti rakyat Malaysia. Semoga yang berlaku dijadikan pengajaran dan mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

Sejauh mana sebenarnya isu ini sebenarnya menjadi perhatian? Berapa ramai yang benar-benar peka dan ambil tahu tentang perkara ini. Kalau dikira bilangan rakyat Malaysia... mungkin hanya satu perempat sahaja. Yang tiga perempat lagi tidak tahu apa-apa. Malah ada yang terkejut dan tercengang-cengang kenapa tiba-tiba TV3 minta maaf? Iklan mana yang menimbulkan kontroversi? Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah tiga perempat yang sebegini boleh kita kategorikan sebagai golongan yang tidak peka?

 iklan raya TV3

Bagi saya.. mungkin tidak. Mungkin lebih banyak perkara penting yang perlu mereka perlu uruskan berbanding dengan memikirkan baik buruknya iklah tersebut. Mereka tidak nampak apa-apa. Samaada yang tersurat atau yang tersirat. Yang pro atau yang kontra. Yang berkaitan dengan agama atau perjuangan satu Malaysia. Bagi mereka... ianya hanya sekadar hiburan. Hanya sebuah iklan untuk menyemarakkan suasana hari raya. Mereka lihat... mereka tonton dengan perasaan yang KOSONG. Tiada pengisian...

Dan sehingga iklan ini ditarik balik oleh TV3... mereka hanya tahu berkata... 'OoOoo' tanpa memikirkan apa-apa mengenainya. Lebih baik utamakan keluarga. Persiapan raya. Memenuhi keperluan sendiri dan anak-anak. Atau... mungkin juga meningkatkan amal ibadat pada minggu  terakhir  ramadan walaupun jumlah kunjungan muslimin dan muslimah ke masjid atau surau yang berdekatan semakin berkurangan.

Adakah isu begini perlu terus diperkatakan dan dibincangkan? Terpulang pada diri masing-masing dalam melaksana tanggungjawab yang sebenarnya mengikut akal bukan pada nafsu. Berkata pada tanggungjawab tapi tidak mahu memikul akibat baik dan buruknya bukanlah tanggungjawab dalam ertikata yang sebenar. Media pula... kenapa mula menyiarkan isu ini bertubi-tubi di ruangan pendapat setelah penarikan dilakukan? Untuk apa sebenarnya? Sama-samalah kita renung dengan mata sebenar dan matahati dan bukan mengintai dari mata helang.