"Cikgu tinggal kat mana?"
Soalan yang sering anak murid saya ajukan bila hari raya semakin menjelang tiba.
"Cikgu tinggal kat taman sekian-sekian.." ujar saya.
Jawapan yang selalu saya terima bila anak murid mengetahui di mana saya tinggal. Memang jarak rumah saya dan sekolah agak jauh walaupun masih di sekitar bandar Ipoh. Di Ipoh saja.. dah tiga buah sekolah saya berkhidmat tapi jarak sekolah masih jauh dari tempat tinggal. Nak buat macamana... 'Saya yang mengikut perintah'.
"Sebab tu cikgu duduk jauh... takdelah anak murid cikgu pakat serbu rumah cikgu ramai-ramai..." saya mengusik.
"Alahhhh... cikgu niiii..." satu kelas mengeluh...
Hehehe...
Kalau nak datang.. tak kira jauh atau dekat kan? Ada jer anak murid murid yang datang bersama ibubapa untuk beraya di rumah saya. Yang penting.. kalau nak datang.. minta alamat dan nombor telefon dan saya tak pernah sembunyikan. Kenapa nak halang tetamu yang nak datang berkunjung?
google