TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, September 23, 2010

Jatuh ke atas atau ke bawah?

"Ibu... komputer ibu jatuh... nasib baik tak jatuh ke bawah.." Along memberitahu beg laptop  tumbang atas kusyen kereta.

"Jatuh memanglah ke bawah..." saya menjawab.

Along diam termenung... tengah fikirlah tuuu...

"Kalau benda jatuh... sebenarnya ke atas ke... ke bawah?", idea nakal muncul nak peningkan kepala Along.

 sekadar gambar hiasan : google

"Kalau jatuh... mestilah ke bawah ibuuu.." ujar Along.

"Kalau begitu... mengapa kita buat ayat jatuh ke atas tanah? Kenapa tak jatuh ke bawah tanah?" soalan nak bagi pening kepala Along.

"Jatuh tu perbuatan... memanglah ke bawah... tapi buat ayat... jatuh ke atas tanah... mana boleh jatuh ke bawah tanah.. bawah tanah tu kan dalam tanah... mana ada jatuh dalam tanah?"

Punyalah panjang lebar penerangan Along. Pandai pun anak ibu (dan2 mengaku anak ibu... bukan anak abah... hehehe)

Boleh buat teka teki niii..