TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, September 22, 2010

Ini bukan ayat ibu kandung yang KEJAM! - Makan... makan... makan sampai dah KEBUNTAT!

Apa itu KEBUNTAT? Adakah ianya ayat dalam kategori 18sx? Ohhhh... jangan salah faham. Kebuntat membawa maksud kenyang yang teramat sampai perut dan seterusnya badan gemuk membulat. Macam budak bulat dalam gambar niiii..


Menjadi-jadi sungguh badannya. Kalau timbang... mahu dekat 50kg dah niii. Selera makannya melampau-lampau. Mengalahkan orang dewasa. Kalau ibubapa lain risaukan anaknya tak mahu makan... saya pula risaukan anak saya yang terlebih makan ni. Bayangkanlah... kat rumah dah makan nasi. Pergi rumah terbuka dia makan laksa dan beraneka jenis kuih. Pastu pergi  shopping dia minta nak makan roti hotdog. Bila larang... dia tarik muka berbelas-belas. Muncung panjang sedepa dan hentak-hantak kaki. Ajak abahnya pergi foodcourt... dia bantai order nasi ayam. Siap minta nasi tambah pula tuuu. Balik rumah... makan pizza pula. Ya Allah... tak kenyang-kenyang budak niii.

Saya kawal pemakanan Along. Dengan saya dia selalu menjeruk rasa. Saya pekakkan telinga bila dia kata nak makan. Saya bukan ibu yang kejam. Masalahnya... dia dah makan lebih dari hadnya! Pantang termenung jer... mulalah dia ingat nak makan. Kalau goreng mee dua bungkus... deme boleh habiskan dua beradik. Ibu makan sepinggan jer. Yang lain anak-anak kerjakan dan paling lebih... Alonglah.

Macamana nak kontrol selera makan Along yer? Perlu ke saya bagi ubat diet? Rasa macam tak sesuai pula kerana dia masih kecil. Baru 7 tahun. Kalau bagi makan sikit-sikit tapi kerap tak jalan. Sekali ngadap berpinggan-pinggan. Pastu ulang-ulang makan. Itu sebab atas meja makan tu clear jer. Kalau ada makanan kang... asyik ngulang jer. Along paling suka makan nasi. Sekarang ni lagilah.... dia dah pandai masak nasi sendiri sebab dia tahu saya taknak masakkan nasi untuk dia. Lagi haruuuu. Nasi dengan kicap atau keropok pun jadi.

Saya risaukan kesihatan Along. Banyak makan kan tak elok untuk kesihatan. Dia pula bukan kanak-kanak yang aktif berlari ke sana ke mari. Main basikal sekejap kat luar... dah masuk tengok tv. Letihhh. Cadangnya nak bawa Along buat check up kesihatan. Baik pantau dari sekarang kan? Kalau apa-apa hal boleh diatasi segera sebelum terlewat. Harapnya... Along sihat. 

Siapa ada cara nak atasi masalah Along kuat makan?