TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, August 20, 2010

Membuat keputusan yang sukar - Sukarnya membuat keputusan

Anda dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana dikhuatiri membahayakan kandungan anda...
walaupun kandungan gula dalam darah anda menurun ketika berpuasa.... bayi masih memerlukan suntikan insulin supaya tidak mendatangkan risiko yang membahayakan dirinya...

Menung...
Diri tiada masalah untuk berpuasa malah cuba mengawal sebaik mungkin kandungan gula dalam darah...
bila lihat kandungan gula dalam darah menurun... hati berbunga gembira...
Sangkaan... boleh tetap berpuasa seperti biasa...
hanya mengambil suntikan insulin pada waktu bersahur dan selepas berbuka...
suntikan waktu tengahari di abaikan...
andaian... tak makan... takkan gula naik tinggi?
Keputusan kandungan gula dalam darah belum cukup memuaskan hati doktor walaupun berada dalam lingkungan 5 mmol hingga 6 mmol

jarum ni penuh dalam peti ais... cucuk jangan tak cucuk
sumber gambar: itech.dickinson.edu/chemistry 

Apa tindakan yang harus diambil?
Tidak berpuasa?
Berpuasa selang sehari?
Tetap berpuasa?
Mencari alternatif lain selain insulin untuk mengawal kandungan gula dalam darah?
Risiko yang harus ditanggung?

Keliru dengan hukum mengantikan puasa bagi ibu hamil yang risaukan kandungannya...
Ada yang kata... ganti dan kena bayar fidyah juga..
Ada yang kata ganti sahaja tanpa perlu bayar fidyah...
yang mana satu?
ada sesiapa yang dapat memberi jawapan yang tepat?
Dah google tapi...
masih keliru...