Tiffinbiru? Apakah itu? Tenda birukah? Mungkin bila sebut tiffinbiru tak ramai yang tahu. Kalau sebut MAT GEBU... ohhh... yang itu. Tiffinbiru adalah blog kepunyaan Pakar Masakan itu. Bolehkan digelar begitu. Layak rasanya kerana memasak itu memang hobinya. Berkunjung ke blognya memang kena kuat imannn. Kena tahan dugaan. Kena-kena kalau bulan puasa. Mahu jer menelan air liur sentiasa.
klik untuk pembesaran
Terkejut sebenarnya bila melihat tiffinbiru hampir mengatasi GENG BLOGGER. Rajin MAT GEBU berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Terima kasih yer. Perkenalan secara tidak sengaja di blog rakan maya BEN ASHAARI. MAT GEBU menjadikan mangkuk tingkat itu sebagai pengenalan diri. Sememangnya MAT GEBU mesra alam orangnya. Itu sebabnya MAT GEBU mempunyai banyak peminat yang tidak jemu-jemu berkunjung ke blognyer.
Jangan tidak tahu. Saya telah mula memperkenalkan MAT GEBU pada suami. Opppsss.. bukan empunya diri. Tapi blognyer. Tengok jer, suami terus terpikat. Bukan pada MAT GEBU tapi pada resepi-resepinya. Almaklumlah... mereka mempunyai minat yang sama. Habis dibeleknyer satu persatu. Disalin resepi tanpa jemu. Itu pun belum habis lagi diselaknya. Tak percaya? Lihat saja gambar di bawah ini.
yang ni MAT GEBU punya
v
v
v
v
v
tadaaa...habis dietku.. nyummy-nyummy...
Hasil masakan suami yang pertama menggunakan resepi dari blog MAT GEBU. Amacam Chef? Lulus tak? Berminat nak cuba? Klik saja di SINI untuk mengetahui resepi. Buat MAT GEBU, semoga perhubungan ini berpanjangan. Aminnn...