TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 23, 2010

Saya baru merenung-renung tapi mereka main ambik-ambik ajer..

Semalam orang kerja gomen dapat gaji. Muka ader SenYuMmm. Hati ader riang seperti Cahaya Yang Riang Gembira. Entri santai ari ini. Entri orang pergi berjoli. Walaupun bukan dalam kategori joli katak tapi orang yang seperti saya merasa senang sekali bila berjoli itu dapat mengurangkan resah di hati. Bukanlah nak tunjuk duit banyakkk. Namun ader peruntukkan untuk diri sendiri. Setelah penat bekerja rasa tak salah untuk berbelanja seringgit dua. Hehehe... kalau seringgit dua silalah jangan percaya.

Yang ni kisah hujung minggu lepas. Mengambil kesempatan hujung minggu untuk membelah belah. Walaupun belum gaji tapi peruntukkan untuk diri sendiri dah tolak siap-siap ketepi. Kaki melangkah menuju ke destinasi. Kedai tudung Ariani. Selama ini saya tak berani ke situ kerana dengar kata harganya boleh tahan mahalnyer. Kali ini saja jer saya nak melihat adakah benar seperti dikata. Bukanlah saya nak puji tapi rupanya harganya mahal kerana kualiti. Memang lain sekali kualitinyer dengan tudung murah yang kita beli. Patutlah harganya mahal begini.

ada yang panggil tudung ekin, tudung awning atau tudung indon
(gambar google)

Memakai tudung seperti ini memang menjimatkan masa. Apalagi yang beranak kecil seperti saya. Dalam membelek tudung yang dijual beli satu percuma satu saya memerhati. Wahhh.. dasyatnyer mereka-mereka itu. Tudung di ambil satu persatu. Saya cuba mengintai harga. Ohhh.. berputih matalah jawabnyer. Mesti mereka orang kaya... yang tidak perlu berfikir dulu sebelum membeli. Adakah saya yang tidak mengukur tudung pada muka sendiri?

4 tudung jenama Ariani saya kebas. Beli satu percuma satu harga jatuh RM30 setiap satu. Okeylah tu. Kalau dibanding dengan kedai yang lain bersama kualitinyer harga jatuh sama. Tapi kan... orang biasa-biasa macam saya pakai barang mahal pun orang kata murah jer. Lainlah mereka yang kaya... benda murah orang anggap mahal pula.