Memang pagi tadi kereta tiba-tiba mati tengah jalan. Bila cuba start semula.. okey jer. Destinasi? Mengisi perut di kedai emak tersayang. Pelanggan ramai betul hari ni. Bila dah makan free pandai-pandai lah bantu mak tu. Tak menang tangan hari ni. Tak tahu ler pasal ape hari ni banyak sangat pelanggan. Berduyun tibaaa...
Saya jarang ambil order atau tolong bungkuskan lauk yang pelanggan minta. Tugas saya di dapur, mencuci pinggan mangkuk. Almaklumlah... saya ni pemalu kononnya. Entah ler. Memang dari kecil hingga remaja sampai tua. Bila mak niaga.. tugas saya kat ceruk dapur. Tak minat saya tunggu kat kedai. Rasa pening dua tiga macam jer.
Lepas selesai tugas ingat nak gi jenguk anak saudara yang comel tu. Dah banyak ragam sekarang dengarnya. Saya ni pun suruh ler Along menghidupkan enjin dan pasangkan aircond. Bagi sejuk dulu. Alih-alih.. bila saya ke kereta, Along cuma hidupkan aircond saja. Apalagi.. kereta mula lah tak boleh start. Mula ler buat muka mengalahkan singa pada Along. Udah ler kereta tu dah mula meragam sekarang ni. Saja cari pasal betul lah Along ni.
Start-start tak mahu-mahu sampai rasa fedup. Tengok Along rasa macam nak telan jerrr. Alih-alih ada ler dua orang anak teruna yang sudi membantu. Salah seorang dari mereka cuba start kereta sambil menekan minyak. Errr.. ini kan kak.. kan kak.. minyak ada ke? Hah.. minyak! Rasa-rasanya mungkin juga. Sebab selalunya hari Jumaat Cik Abang dah isi kan minyak. Pasal minyak takde rupanyer.. LORRR.
Apalagi.. bisinglah opahnyer. Tulahhh.. dia yang salah anak pula dia nak marah. Merah telinga budak tu. Ehhh.. Mana ada sentuh Along mak.. Memang sungguh! Takde pun cubit Along. Nak terkam ajer. Marah ler opahnyer sebab itu cucu sulungnyer. Lagi sayang pada cucu sulung daripada anak sulungnyer ini. Hehehe...
Opahnyer suruh minta maaf balik kat Along. Errr.. minta maaf? Pinjam kereta Toknyer untuk membeli minyak. Dalam kereta saya mencari ayat yang terbaik buat Along dan adikknya. Kita ni... tiga-tiga orang salah. Along tak patut pasang aircond kalau kereta tak start lagi. Aircond guna minyak, itu pasal kereta habis minyak terus. Adik jangan main radio dan ibu sebab tak check minyak ada ke tidak. Hehehe.. bagus tak ayat?
Cover jangan tak cover...huhuhu
(gambar google)