TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 11, 2010

KAMI PRIHATIN - Bloggers Malaysia

Jumpa tentang hal ni kat blog blogger yang suka guling-guling tu.. AZRUL HISHAM. Saya ingatkan dia yang kawen bila baca entri dalam blog Cik JARD kita ni. Rupa-rupanyer orang lain, Bukan pelanduk dua serupa daa. Sana sini terdengar pasal KAMI PRIHATIN ni. Apalagi artis-artis Malaysia pun turut serta menjayakannya. Tak sangka pula ada banner khas untuk para bloggers yang menyokong.


Kami Prihatin ni bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di Malaysia, Kes yang semakin berleluasa tu lahhh. Lagi dibongkar lagi menjadi-jadi. Tiap-tiap hari ada je berita mengenainya. Bila tamadun manusia semakin maju ke depan bersama perutnya. Bila anak yang menjadi mangsa akibat nafsu cinta. Bila masyarakat pula buat-buat buta bila perkara itu sedang berlaku dan bak 'ayam telur sebiji, riuh sekampung' bila tragedi melanda.

Tak faham dengan orang yang dera anak dengan buang bayi ni. Saya pun selalu gak mengamuk2 kat anak... tapi idak ler sampai ke tahap mendera. Yang buang bayi ni pun kalau dah taknak bagi jer kat sesiapa. Orang yang dah kahwin ni sampai stress gila  bila tak dapat anak lagi. Yang deme ni... buang sesuka hati.

Jomlah sama-sama kita menyokong. Prihatin dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan hanya tampal banner di sidebar sahaja. Kita memang perlu jadi busy body. Fardu kifayah tu.. kalau seorang tak menegur.. habis semua tanggung dosa. Sejarah ada untuk kita tatapi... kesan buruk  pada kaum-kaum yang tak ambil peduli antara satu sama lain. SAYA PRIHATIN!