TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 20, 2010

Kalau marah kat cikgu sekalipun janganlah kelas cikgu jadi mangsa

Memang rasa hati dirobek-robek melihat keadaan kelas pada hari sabtu sewaktu perkhemahan di adakan disekolah saya. Mengambil kesempatan untuk menjenguk ke kelas sebentar. Uhhh.. biar betikkk!!! Macam dilanggar garuda! Insan durjana manelah punya angkara? Ini kah hasil didik guru-guru SKTD? Rasanya tiada seorang guru di SKTD mengajar cara memporak perandakan kelas. Bebudak ni memang melampau dahhh! Kalau marah pada cikgu Isza sekalipun janganlah kelas cikgu menjadi mangsa.

Belum berkesempatan membuat aduan kepada PK HEM kerana dia ada urusan luar hari ini. Saya mesti siasat perkara ini. Kalau dibiar nanti melampau-lampau. Bukan kelas saya jer yang menjadi mangsa sebenarnya. Kelas yang berhampiran dengan tangga semua menjadi mangsa. Ini perangai budak-budak yang sakit jiwa sebenarnya. Risaunya bila memikirkan masa depan murid-murid begini. Murid-murid beginilah yang selalu menjadi penyumbang utama dalam masalah sosial negara.

Ader yang mengatakan angin kencang sebagai puncanya. Memang tak boleh diterima oleh logik akal. Takkan angin kencang boleh menunggang langgangkan meja dan kerusi di sekolah? Kebanyakan papan kenyataan yang dijahanamkan terletak di bahagian tepi pintu. Kertas-kertas yang ditampal seolah-olah direntap. Saya lekat guna paku okey. Memang tahu beza antara rentapan manusia dan angin. Sakit hati sebab semua yang saya buat guna duit dan titik peluh sendiri. Paling sakit hati ialah melihat perangai-perangai anak murid yang begini. Ibubapa-ibubapa di rumah pun memang tak pernah fikir begini keadaan anak mereka di sekolah. Kalau selalu percaya anak tu baik sangat... apa kata sesekali datang buat pemantauan di sekolah tengok sikap mereka yang sebenarnya.