TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 4, 2010

JARDNESS - Bila Mat Spanar itu ada di blog mu, aku terpaku

Sungguh dik! Akak pelik seketika. Kenapa dia muncul di situ? Pelbagai perasaan bermain di jiwa. Sepatutnya ia hadir di blog ini... tapi, mengapa di blog kamu? Pernahkah terjadi pada anda yang lain?



Ohhh.. cuba lihat Mat Spanar yang sempat akak print screen kan. Sebagai orang baru dalam dunia ni.. macam satu kejutan pula. Setahu akak Mat Spanar itu hanya akan muncul di blog sendiri. Kenapa kali ini di blog kamu. Serius dik.. dengan perasaan risau tak bertempat akak tertanya juga. Adakah ini tanda blog kita boleh dicerobohi oleh sesiapa juga. BAHAYA!

Memang rajin juga saya bertandang ke blog adik JARD itu kerana blognyer ada dalam blog list ku. Sebagai tanda penghargaan buat adik Jard yang merupakan di antara orang terawal datang berkunjung ke blog ini. Walaupun kini jarang memberi ulasan, sibuk keberangkalian... jika kelapangan, pasti akan ku terjah ke JARDNESS.com.

Ada sesiapa yang boleh jelaskan? Adakah kejadian MAT SPANAR ini perkara biasa... ATAU salah satu 'hint' untuk kita lebih berjaga- jaga?