TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 7, 2010

Bila 'Si Bongsu' menyakitkan...

Aduhhh.. kejadian ini memang menyakitkan. Bagaimana untuk digambar kesakitan yang ditanggung! Hanya yang pernah mengalami sahaja yang memahami keadaan ini. Keadaan ini kali kedua berlaku dalam hidup saya. Yang dahulu tidaklah sesakit ini. Agaknya sesuatu yang berulang, memang menyakitkan. Kata orang, apabila disakiti, janganlah bertegur sapa. Mahu makan penampar jawabnyer.. tapi saya tidaklah sekejam itu. Masih berblogwalking seperti selalu.

tiada lagi wajah jelita atau machonyer.. apabila kesakitan ini datang melanda
(gambar google)

Saya baru sekali ke klinik gigi. Itupun berpuluh tahun dahulu. Masa kecil? Semua mak yang kerjakan. Memang cekal hati emak. Tidak seperti saya. Tak sanggup rasanyer nak cabut gigi anak. Nak taknak terpaksalah berhabis duit. Anak sendiri.. takkan nak berkira. Sakit gigi ini baru menyerang siang tadi. Rasa-rasanya gigi geraham bongsu. Alahhh.. yang tumbuh tak habis tu. Udah ler masa tumbuh dulu pun sakit. Ni sakit pula lagi. Masa dulu doktor gigi ada berpesan. Nanti gigi bongsu ini akan menimbulkan kesakitan. Jalan penyelesaian? Pembedahan kecil. Adusss. Tang mulut nak kena nganga luas-luas tu yang tak sanggup. Boleh jadi mulut Angelina Jolie nanti.

tengok niii.. aduhhh mak tak sanggup..huhuhu..
(gambar google)

Esok nak ke klinik gigi. Balik sekolah nanti. Mana sanggup simpan rasa sakit ni. Nak tidur pun tak lena. Harap-harapnyer gigi dapat dicabut tanpa pembedahan kecil. Orang kata sakit yang Allah berikan, dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Alhamdulillah. Mudah-mudahan. Ye ker sakit gigi sakit yang paling sakit selepas bersalin? Ada yang lain sebenarnya.. cubalah teka. Sakit apa yang 'paling' sakit di sunia? Dunia tuuu. Saper yang betul ada hadiah misteri.. Ececehhh.. iyo-iyo ajer.