TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, March 14, 2010

SUSAH SANGATKAH WAHAI IBU - IBU?

Kebanyakkan ibu sayangkan anak. Ibu mana yang tak sayangkan anak? Binatang pun sayang anak-anaknya. Yang kes buang bayi tu berkecualilah. Tak layak di panggil ibu atau yang seangkatan dengannya pun. Yang jadi masalahnya, kenapa bila sayangkan anak.. susah benar nak terima kalau anak tu ditangkap kerana sesuatu kesalahan? Bukan menyentuh isu terbaru artis yang ditangkap kerana dadah baru2 ni. Bukan juga menyentuh isu dalam berita di TV3 tadi.  Tapi ini lebih kepada umum. Memang selalu dilihat/ di baca, bila anak ditangkap kerana sesuatu kesalahan... ibunya membela/ mempertahankan anak-anak mati-matian.

Ada juga ibu yang sanggup berbohong demi melindungi anaknya. Sanggup beri kenyataan yang ibu itu sendiri tahu tidak benarnya. Susah sangatkah nak terima yang anak tu salah? Mungkin belum tentu bersalah.. tapi kenapa nak adakan sesuatu yang tiada (mereka cerita). Inikah yang dikatakan sayang anak? Kalaulah betul anak tu bersalah, bukankah dengan sikap itu namanya ibu itu mengalakkan anaknya untuk lebih melakukan kesalahan. Ibu-ibu janganlah ingat jika mereka membela anak, anak-anak tu akan sedar akan kesalahannya atau insaf. Mungkin ada.. tetapi bilangan boleh dikira dengan jari. Yang selebihnya? naik lemak lagi adalahhh...

Saya juga seorang ibu. Saya faham kesukarannya menerima hakikat yang anak kita nakal atau dipanggil jahat oleh masyarakat. Kena-kena pula hal yang dilakukan oleh anak kita itu secara logiknya tidaklah kesalahan dia 100%. Sebagai ibu kita kena telan kepahitan itu. Anggaplah yang pahit itu penawarnya. Kajilah dimana salah dan silapnya. Benarkan undang-undang menjalankan tanggungjawabnya. Merelakan anak dihukum jika benar-benar bersalah itu adalah terbaik untuk masa depannya.

Memang tak sampai hati seorang ibu untuk melihat anaknya dihukum oleh orang lain hatta ayahnya sendiri sekalipun. Biarlah tangan sendiri yang memukul hingga mati daripada membiarkan orang lain melakukan. Namun hidup di dunia tidak hanya melibatkan kehidupan diri sendiri. Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran kepada anak dan masyarakat. Sebagai ibu, berdoalah untuk anak memperolehi hidayah di sebaliknya. Sesungguh doa ibu itu yang paling makbul.

gambar google