TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 16, 2010

POKOK TEBU MEMBIAK MELALUI TANAH???

Hari yang berjaya mengoktagonkan kepalaku.. huhuhu. Dari pagi tadi.. ajar kelas tambahan tahun 6 hingga pukul 12 tengahari.. Jangan kata murid jer pening, cikgu dia lagi pening. Yelahhh.. murid cuma fikir nak jawab soalan yang diberi.. cikgu pula fikir macamana nak bagi murid-murid faham. Bukan satu kepala tapi berkepala-kepala (merujuk kepada banyak..hehehe). Itu pun tak semua hadir. Dalam satu kelas ada lah dalam purata 15 orang. Ajarnya 3 buah kelas walaupun satu kelas tu dua sesi.. tapi kira tiga jugak arrr..

Kesian punya pasal tengok yang kelas dua sesi ngan saya kena belajar matematik.. saya pun mengambil langkah yang bijak untuk tidak mengajar matematik pada sesi kedua. Blurrr dah tengok muka murid-murid tu. Kena pula yang buat muka lima belas sen minta simpati pada cikgu dia untuk stop study matematik. Jangan sangkalah pula murid-murid tu di beri kesempatan untuk menenangkan diri. Saya dera mereka untuk belajar subjek sains pula. Buat ulangkaji soalan bahagian A. Soalan objektif. Pilihan jawapan.. senanglah ckit. Kang suruh buat bahagian B.. alamatnya lebih dari oktagonlah kepala murid-murid tu.

Yang tak boleh tahannyer bila sesi perbincangan. Nampak sangatlah murid-murid ni tak kenal tumbuhan yang ada. Pokok tebu pun tak tahu membiak melalui apa. Betul jugakkk.. depa tak pernah tengok pokok tebu.. yang depa tahu minum air tebu. Tapi, bagi jawapan biarlah logik sikit. Ada ke pokok tebu membiak melalui tanah. Oooo.. senang beno le pokok tebu tumbuh. Campak tanah je.. tumbuh le pokok tebu. Ada pulak yang bagi jawapan melalui haiwan. Ni kes haiwan makan lalu menyebarkanlah pokok tu melalui proses penyahtinjaannyer. Aduhai.. anak2ku.. nanti cikgu jumpa pokok tebu cikgu bawa ke sekolah erkkk!

 inilah pokok tebu yer anak-anak.. nampak tak batang dia yang tersusun tu?
(gambar google)

Saya pun beri le penerangan tentang sifat fizikal pokok tebu tu.. Yang panjang jadi badan dia tu kita panggil ape? Nasib baik tau... batang. Jadi batang tu lah yang dipotong-potong dan ditanam semula untuk pokok tebu tu membiak. Jadi, pokok tebu membiak melalui keratan batang. Pokok apa lagi yang membiak sama macam tebu??? Pokok pisang katanyer.. aduihhh.. Ni mesti kes tebang batang pisang nihhh ... Huhuhu... Dah tahun enam ni.. kena rajin2lah membaca untuk tambah ilmu pengetahuan sebab tak dapat belajar dari pengalaman.

 tebu dipotong-potong/ dikerat-kerat begini sebelum di tanam. 
(gambar google)

Agaknyer itu lah sebab sains selalu buat eksperimen. Biar murid buat dan kaji sendiri. Kalau tak.. susah mereka nak faham. Rajin mebaca pun perlu juga.. ye lahhh.. kadangkala eksperimen berubah mengikut peredaran zaman. Macam contoh pokok tebu tu.. Mana tau satu hari nanti ahli sains boleh biakkan tebu dengan cara yang lain.. jadi, jawapan akan berubah-ubah. Apapun.. semoga anak-anak didikku memperolehi keputusan yang terbaik untuk diri masing-masing masa UPSR nanti. Aminnn..